Monday, November 14, 2011

Salam Aidil Adha

Dah hampir sebulan atau sebulan lebih aku tak menulis apa apa di blog. Aktiviti kerja di pejabat sangat sibuk.Mesyuarat sehingga jam 2 atau 3 pagi dah jadi perkara biasa. Ini semua kerana persiapan Kejohanan Karate Dunia yang bakal berlangsung di Melaka.

Di jadualkan, tiga hari setelah tamat Kejohanan Karate Sedunia ada pula Majlis Jamuan Teh bersama rakyat oleh Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, dan bersambung pula dengan 1WBC (Women Business Council) expo. Semuanya back to back.


Bersama YAB Ketua Menteri Melaka dan Speaker DUN Melaka menunggu ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Hj Khalil Yaakob ke Majlis Jamuan Teh Rakyat.


Aidil Adha tiba lagi, aku berangakt pulang ke Kelana Jaya sebaik selesaikan tanggungjawab menghantar Ninie dan Icca ke airport untuk ke Alor Star. Tiba di Kelana Jaya lebih kurang jam 8 malam. Tanpa lengah terus bertanya Eliza nak makan apa, tapi nampaknya Eliza tak berapa cergas. Dok tengok TV dan akhirnya melelapkan mata di katil.

Esok awal pagi Eliza bangun awal, selepas solat Aidil Adha, semuanya dah ready atas meja. Amin dan Wati tiba seawal jam 930 pagi. Syima dan Aril tiba macam tetamu 15 minit kemudian. Manakala Mr. Amekkau sememangnya berada dirumah seperti biasa.

Kami bersarapan bersama sehingga sambung makan tengahari. Selepas lunch aku mohon izin untuk beransur ke Ulu Langat menziarahi bondaku. Kami di ulu Langat sehingga jam 730 petang. selesai azan Maghrib kami berdua mohon beransur sebab ada janji temu dinner dengan Amin di CHKL, surprise dinner for Watie birthday. we lasted there until 230am. Aku hantar Eliza balik dulu separuh jalan sebab dia tak larat.

Esok jam 10 pagi, Eliza dah mula bising sebab aku bangun lewat dari tido. - bek bek bek bek... Dia kejutkan akua dan ingatkan aku yang si Icca dok tunggu di kampung. Kalau lewat bertolak ke Alor Star macamana nak balik petang nanti.


'Anakku Cucu Jepun'

Aku bertolak jam 12 tengahari dan sampai jam 5 petang. Jalan lenggang saja. Dengan kepala yang tak cukup tido sampai jugalah aku ke Alor Star dengan jayanya. sampai di rumah terus capai pinggan dan makan (breakfast, lunch, dinner) sekali package termasuk lelapkan mata untuk beberapa jam. bangun saja hari dah lewat. Nak balik tak jadi. Ninie, Icca dan aku bangun pagi dan sarapan di Kopitiam Alor Star selepas tu baru balik bungkus barangan dan mohon beransur balik ke Melaka. (macam taxi driver la pulak)

'Sushi Queen'
Next day is another day at work. Awal pagi dah berangkat ke Curve Damansara ada appoinment dengan Stanley of GME event untuk event bulan Januari 2012. nasib baik ada driver gemuk (Hafiz) yang memandu. sebagai upah aku belanja dia makan steak di TGI Friday. Dalam perjalanan pulang ke Melaka dia kata Steak tadi sedap hingga menjilat siku.

Perjalanan diteruskan ke pusat bandar dan petang, singgah di Seremban dan seterusnya barulah sampai Melaka Negeri bandar Teknologi Hijau. Capekkkkkkkkkkkkkk.....

Begitulah sambutan minggu Aidil Adha 2011.

Esok sambung cerita minggu berikutnya....

Wassalam