Monday, October 3, 2011

Serba Tak Kena

Aku balik ke PJ selepas jam 3pm hari Sabtu. Paginya, aku bawak Icca ke Taman Buaya, asalnya nak bawak dia ke Zoo Melaka, tapi adusss orang beratur panjang sampai tepi jalan. Habis bawak Icca di Taman Buaya aku terus pegi lunch di Malim Ikan Bakar, Taman Tasik. Aku tak makan pun, hanya minum teh ais segelas. Memang tak ada selera langsung.

On the way back nak hantar Icca ke rumah, singgah sebentar ke MITC, mak oiiii orang dah penuh attend majlis kawin anak owner Sinar Jerneh. Parking penuh melaut, RELA yang ada pun macam tak ada, main tunjuk tunjuk saja mana nak park kereta.

Sampai rumah saja, Marissa terus nak melelapkan mata beradu, letih agaknya melilau kat Taman Buaya tadi dengan Buaya Besar.!!!

Aku pun minum segelas air lagi dan terus bergerak ke PJ. Kereta meluncur dalam 90 ke 100km/j saja. Bosan dan penat. sampai KL dalam pukul 530pm. Sedikit sesak di tol Sungai Besi, mungkin ada kuda berlari kut hari Sabtu tu.

Sampai di Kelana Jaya aku terus jumpa Eliza, dia masih kelihatan lemah kurang bertenaga. Katanya, malam biasanya dia tak boleh lelap, sampai pukul 4 pagi baru nak tertidur. Insomnia agaknya, atau peraturan masa dah bertukar dalam sistem badannya. Harap tak terlalu lama perkara ini berlaku, harap akan segera pergi Insomnia tu.

lebih kurang jam 830pm , Eliza dah beritahu dia nak tidor dah, dia rasa penat. Aku pun duduk di ruang rehat tengok Berita TV3 part last yang sangat boleh di percayai. (Berita Sukan). Part lain yang sangat boleh dipercayai pun ada juga, Part tengah (wheater forecast). hahahahhahahaah

Adat seperti orang lain yang kurang sehat ni memang biasanya akan jadi marah-marah atau cepat marah. Teringat aku semasa tahun 2006, just dua tiga hari sebelum hari raya aku terjatuh dari tangga semasa nak tukar bulb lampu di rumah. Kaki aku bengkak sampai buku lali. Second raya dah ada assignment kerja di Bangkok. Nak kena lawat IMPACT convention centre kat sana. Kaki masih bengkak.

Sampai di Bangkok, terus cari tongkat sebab dah tak tahan lagi, Yang teman masa tu sapa lagi kalau tak Eliza. Dia kan kaki jalan.... memanglah dia suka. Yang tak sukanya akulah sebab kaki sakit. Jalan 50 meter kena rest dulu. Mesti time tu Eliza bebulu nak tunggu aku. hahahhahaha. Apa nak buat, sapa suruh ikut, hahahaha. Hati sentiasa nak melenting sebab semuanya jadi lembab tak macam orang kaki normal. Next day, baru lah berangkat ke IMPACT center. Sampai sana terus cari kerusi roda sebab tempat ni lebih kurang 15 acres. mana nak larat. Jadi, semuanya tak kena, semuanya jadi so slow. Patut boleh habis satu hari jadi dua hari.

Samalah keadaannya dengan Eliza ni, asyik nak melenting, hal kecik pun nak marah. tak tutup pintu pun marah, pakai towel pun marah, dok kat luar rumah pun marah, keluar jumpa kawan pun marah, makan kat luar balik lewat pun marah, semua serba tak kena. Tak apalah, aku ikutkan saja..... marah laaa sayang ooi,  dah habis marah esok diamlah dia. Lagi pun aku dah merasa macamana keadaan macam ni, yang bezanya aku sakit kaki dia sakit lain. Sabar je la. Kekadang aku dok sorang kat ruang tamu aku ketawa dalam hati dok ingatkan aku kena marah... hahahahahahaaaa

Ok la tu, hari Ahad pun sampai, aku bangun tido dan tanya Eliza nak makan laksa tak, dia dok question kat mana nak beli, katanya kedai tutup lagi. Aku bagi tau ada stall yang jual laksa buka kat Kota Damansara. dia kata ok. Sebelum pegi dia tanya nak beli berapa bungkus laksa, aku kata 4 bungkus. Dia marah lagi, dia kata beli dua bungkus saja cukup, untuk aku dan dia saja. aku kata ok, ok....



On the way sampai SS2, PJ dia call suruh beli cendol sekali, arahan dari Eliza beli 4 bungkus cendol dan make sure satu bungkus tak ada ais batu. Aku cakap OK. Dia tanya lagi berapa bungkus laksa nak beli, aku sengaja jawab 4 bungkus, dia marah aku. Aku ketawa dalam hati, sebab aku tau dia akan marah aku. hahahahhaha.

Akhirnya aku beli 3 bungkus je laksa utara kat Kota Damansara. Bawak balik, hidang atas meja dan aku makan sorang setengah bungkus dengan Eliza. dua bungkus lagi tinggalkan untuk adik-adik. Kena marah lagi... aku dah agak kena marah sebab makan tak habis tiga bungkus, aku buat tak tau je. Capai suratkhabar aku pun dok di dapur baca suratkhabar. Itu pun kena questions, hehehehehehehehe

Doakan lah semoga Eliza segera kembali sembuh seperti sediakala. I miss my old Eliza. Rambut dah mula tumbuh semula, cuma berat badan dah menurun sampai 48kg saja. Demam dah kurang, tapi Insomnia pulak yang datang. Selera makan dah tak berapa ada. Get Well Soon Along!!!!

Sabar Je la.... hahahhahahahaa