Tuesday, December 4, 2012

2 months after Eliza passing

Two month after her passing I was diagnoed of having stone in my galbladder. i decided to have it removed just few hour after being informed by the doctors.

No one of my siblings and familty member was aware that I am going for the surgery next few days. I dont feels that is fair for me not to advise Nini of the situation becaused she mothered my daughters.

Monday, November 5, 2012

Oktober 24, 2012 - Just another week to her Birthday

Tanggal 24 oktober 2012, Hari ini genaplah 6bulan Eliza meninggalkan kami. Seminggu lagi, sekiranya dia masih bernafas di bumi Allah ini dia akan menyambut hari lahir yang ke 42.

Saya sudah lama tak mencoret apa apa di halam ini, mungkin dah hampir 5 bulan. Tiada apa yang menarik pun. Kalau pun ada hanya akan menambah duka.

Sudah 2 majlis Hari raya  saya tak pernah menjengok keluarga mertua saya di Kelana Jaya. Sangat terasa kehilangan Eliza bila saya bayangkan kalau saya singgah di Kelana Jaya. Potret kami sekeluarga masih terpampang di dinding ruang tamu rumah.

Peralatan rumah dan bilik yang saya siapkan untuk arwah semasa dia berada di hospital masih lagi kemas seperti dahulu. Segala yang terdaya saya siapkan untuknya dengan penuh harapan agar dia akan segera sembuh. Allah lebih sayangkan dia.

Sedih mengingatkan ibu dan bapa mertua saya di Kelana Jaya. Tapi sebak di hati saya tiada siapa yang tahu.

Mayra Ilaiza Ariff sekarang dah berusia 9 bulan, In adalah amanat arwah. Sedih saya terkenang kan Mayra yang tak dapat mengenali arwah.


Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Insya Allah

Wednesday, June 13, 2012

Motivation

I went for my motivational course somewhere early in 90s and the latest one came in in 2005. It can never change me during this period. How much courses you've gone through can never change this unless you are in its shoes.

I now and here, if I ever to write something to my late wife, what do I write, ( you imagine)! will you write about your love story or others things, by the end of the day you got no heart to spell any of the sentences you wrote to her whether shes alive or not.

This is my letter look like:-

My dear wife,
I met you last two years, I married you and now we are officiallly husband and wife for 15 years. We have gone through up and down, like and dislikes, hate and hatred, friends who like and dislikes of our decision, but I am proud to say that you are with me still.

I got my marissa just two years before your passing, you spoilt her and you love her too much even she can remember your slippers and clothings till today. The only personal belongings that I have kept for you is your sandals in red as Marissa is begging for it as the last things that she can remember.

Today  during the dinner she talk about you, she recalls all of us in the family about you. when are we going to visit you in the hospitals, she reminds us.

Wednesday, May 16, 2012

Eliza Haslinda Alias- 1971-2012 - A Post came too Late

Yesterday Hema accompanied her to Pantai as she decided to seek treatment under the care of Dato Dr Shanker.
She can't take it anymore in UMMC. Lots of discussion and meetings between the doctors and Professors. At last nothing happened. As I mentioned in my earlier entry 'genuea pig'!! True enough.
Just less than 24 hours in Pantai under the care of Dr Shanker, Eliza manage to eat, talk, movies, shower and so on by herself.
She started to mumbles right after 7am this morning, this is a problem when people is healthy!!! Hahaha
She had her toast just after her shower and her favorite daily news of METRO.
She started to question me about all the utilities bills, broadband, hp, new phone, new wrist watch and bla bla bla.......
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 7, 2012

Eliza Haslinda Alias 1971-2012 - Part 3

Discaj dari hospital, Eliza mempunyai banyak permintaan. Semua ahli keluarga bersyukur. Semua mempunyai harapan yang sangat tinggi bahawa Eliza agar sembuh sepenuhnya. KAmi tahu Eliza harus teruskan 4 lagi sesi chemo seberapa segera.

Kerana kos yang tinggi, kami meminta agar Eliza ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Sebelum meneruskan rawatan kami sekeluarga sempat mengadakan beberapa gathering keluarga dan sambutan harijadi.

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba apabila rawatan susulan menunjukkan sel darah putih Eliza telah kembali aktif. Kami akur, demi menyelamatkan nyawa Eliza. Kami sedih kerana tak mampu meneruskan rawatan di Pantai Bangsar untuk kali ini. Kami sedih melihat Eliza terpaksa berkongsi bilik dan keadaan bilik yang sama sekali berbeza dengan hospital Pantai. Tapi kami tiada pilihan buat masa itu,

Banyak komplikasi yang dilalui semasa rawatan. Eliza yang dulunya gempal kini telah kurus. Berat badan jatuh terus dengan mendadak kepada 47kg. Memang amat menyedihkan. Disaat itu kami amat mengetahui bahawa Eliza tak mempunyai masa yang lama, tetapi semuanya memberi sokongan moral. Kami langsung tak ada membincangkan soal kematian. Semua positif di luaran.

Eliza akhirnya memohon untuk ditempatkan semula ke hospital Pantai dibawah perhatian Dato Dr Shanker. Kami akur kerana kami mahu yang terbaik untuknya. Kos rawatan di PPUM juga mencecah seratus ribu ringgit. Saya berusaha untuk memenuhi permintaan Eliza.

Eliza hanya meminta dia ditempatkan ke Hospital Pantai atau pulang saja tanpa meneruskan rawatan di PPUM. Demi Eliza saya akur. Beliau akhirnya dibenarkan pulang kerumah selepas berada di Pantai selama 21 hari. Alhamdulillah....

Beliau hanya ada beberapa permintaan saja dari saya. "Nanti bila dah sehat abang bawa Along pegi Cherating ye", "Nanti bila dah sehat abang bawa Along pergi Penang ye" "Nanti dah sehat Along nak pergi Melaka tau" "Along nak makan sedap weekend ni"

Friday, May 4, 2012

Eliza Haslinda Alias 1971 - 2012 Part 2

Percutian terakhir kami ke Trengganu sebelum Eliza di sahkan menghidap Leukimia
Eliza terus berada di Sunway Medical Centre selama 3 malam. Saya mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku. Saya minta doktor pakar Dr Shanker VJ Naidu lakukan ujian darah sekali lagi, kami semua hampa dengan keputusan ujian itu.

Dato Shanker seorang doktor pakar berusia 40 tahun yang akhirnya menjadi kawan karib saya sekarang, pada mulanya menggesa saya membuat keputusan segera agar Eliza dapat diselamatkan.

Sahabat karib Eliza yang pertama tiba dihospital Sunway ialah Puan Azlin Ahmad. Saya terangkan padanya keadaan Eliza pada saat itu. tapi yang pentingnya satu keputusan mesti dibuat segera. Teruskan atau berserah saja.

Saya berbincang dengan semua ahli keluarga dan sebulat suara membuat keputusan untuk teruskan protokol berikutnya. Eliza dengan tenang kami terangkan akan prosedur yang akan dilalui. Dia akur walaupun dia sedih dan hiba.

Doktor terangkan pada kami bahawa AML akhirnya akan menjurus kepada pemindahan sum-sum tulang dari adik beradik atau yang terakhirnya dari penderma.

Kami redha, saya buat keputusan untuk pindahkan Eliza dari hospital Sunway ke Pantai Bangsar dua hari kemudian yang mana beliau akhirnya menghuni bilik wad D603 selama 58 malam.

Perjalanan ini amat sukar, saya berulang ke tempat kerja selama itu juga. Bangsar Melaka Bangsar selama 58 hari. Hidup mesti diteruskan. Nini dan Marissa mengalah demi Eliza, mereka faham Eliza memerlukan saya ketika itu. Saya ucapkan terimakasih pada Nini kerana menjadi isteri dan ibu yang sangat memahami dikala musibah melanda kami.

Thursday, May 3, 2012

Eliza Haslinda Alias 1971-2012 - Part 1



Dalam Kenangan 1971-2012
Salam Sejahtera, tanggal April 24, 2012 jam 10 malam isteri saya, Eliza Haslinda Binti Alias telah pulang ke Rahmatullah setelah 1 tahun 20 hari menghidap leukima (Acute Mayleod Leukimia). Allahyarhamah berusia 41 tahun.

Semua ahli keluarga saya memang amat terasa akan kehilangan Allahyarhamah Eliza sehingga saat ini. Segalanya seakan terasa masih baru. Semua sudut yang dipandang seolah beliau masih ada disisi.

Saya telah mendirikan rumahtangga dengan Eliza selama 15 tahun. Memang sukar bagi saya untuk menukar rutin hidup dalam sekelip mata, apatah lagi kaum keluarga Eliza di Kelana Jaya.

Bagi para sahabat, teman dan kenalan, saya ucapkan berbanyak terimakasih atas sokongan dan segala bentuk bantuan yang dihulurkan semasa hayatnya. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.- AlFatehah.

Saya mengenali Eliza pada Jun 14, 1996 semasa saya bertugas di Port Dickson, manakala beliau ketika itu terlibat secara sambilan dalam acara PD International Half Marathon. Beliau sebenarnya bertugas di MBf Finance Jalan Ampang pada ketika itu.

Dua tahun kemudian saya ditawarkan pekerjaan di Shah Alam dan kami melangsungkan perkahwinan pada Februari 8, 1998. Sudah tersurat perkahwinan kami selama 15 tahun kami tidak dikurniakan zuriat.

Ketika di Shah Alam, saya menyewa rumah di Seksyen 7, kadar sewaan pada ketika itu agak tinggi iaitu RM1200 sebulan. Setelah berkahwin, saya akur akan desakan hidup kerana gaji yang diterima pada ketika itu hanya 'cukup makan'. Kami pun mengambil keputusan untuk tinggal bersama keluarga Eliza di Kelana Jaya.

Saya kemudian ditawarkan pekerjaan dengan sedikit gaji tambahan di Sg Petani, Kedah. Setelah kami berbincang, saya meneruskan usaha untuk memantapkan ekonomi keluarga dengan berhijrah ke Kedah, manakala Eliza berkerja di Business Trend di Subang Jaya ( Business Trend kini adalah Kelly Services)

Sudah tentunya ada pasang surut dalam perkahwinan kami. Kami harungi dengan penuh tabah. Akhirnya pada bulan Januari 2001, setelah 2 tahun berkhidmat di Sg Petani kontrak perkhidmatan saya ditamatkan tanpa sebarang sebab. Saya pulang ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu Eliza sebab musababnya.

Dua minggu kemudian, saya nyatakan perkara sebenar. Dia redha. Tapi, keredhaan pun ada tahapnya.Saya menganggur selama 20 bulan di rumah kami di Shah Alam. Kami cuba berpura pura seakan tiada apa yang terjadi, tapi hakikatnya ekonomi keluarga tersekat. Institusi kekeluargaan kami goyah.

Walau apapun, kami bertahan sehingga ke akhir hayat Eliza. Saya rasa bertuah kerana saya telah pun dijanjikan seorang isteri diakhirat nanti. Dia akan menunggu saya disana.

Perjalan terakhir ke Luar Negara - Bangkok April 2011

Pada awal April 2011, Eliza ke Bangkok dengan izin saya, tetapi pada hari Jumaat yang sepatutnya beliau pulang ke Malaysia saya telah mendapat panggilan telefon menyatakan beliau tidak sehat akibat diserang asthma. Saya terus menanti, akhirnya beliau pulang pada hari Ahad.

Setiba di LCCT, saya dapat lihat dengan jelas muka beliau yang pucat dan tak bermaya. Sangka saya hanya demam biasa. Saya terus bawa beliau pulang ke rumah di Kelana Jaya. Seperti biasa, saya akan ke pejabat di Melaka pada 6 pagi setiap Isnin dari Kelana Jaya. Keadaan nampak normal dan Eliza nampak sedikit ceria.

Malangnya pada malam Isnin, bapanya memaklumkan pada saya Eliza terpaksa dibawa ke hospital akibat sesak nafas. Seperti biasa kami semua menyangka Eliza diserang ashtma. Bermulalah episod duka kami pada pagi berikutnya apabila doktor memaklumkan yang Eliza menghidap leukimia tahap 3. Kami sekeluarga seperti diserang taufan tsunami. Semua tak percaya....

Bersambung...........

Wednesday, April 18, 2012

HUKM

Hari ini adalah hari ke 14 Eliza di HUKM. Hari ini adalah hari ke 6 post chemo. Keadaaan Eliza tidak berapa stabil akibat kesan selepas chemo. Harap segalanya berjalan lancar dan tidak ada infection. Sabtu lepas, kakak ipar saya melawat Eliza di hospital.

Saya juga meluangkan masa melawat anak Wati dan Amin di Ampang. saya ucapkan terimakasih pada yang memberi sokongan moral pada Eliza.

Minggu ini, minggu yang sukar. Kehidupan mesti diteruskan.

Salam.

Tuesday, April 10, 2012

Cuti Sekolah Dan Cabut Pokok Kacang Tanah

Cuti sekolah memang masa yang di tunggu-tunggu, terutamanya cuti bulan Disember. Lama sikit, hampir dua bulan. Semasa zaman persekolahan saya sekitar tahun 1975- 1985, saya tinggal di Perak dan bersekolah di Tapah.

Kawasan ini adalah kawasan yang baru dibangunkan oleh kerajaan terutamanya bagi menempatkan pengganas kominis yang telah meletakkan senjata. Oleh yang demikian banyaklah kampung-kampung baru diwujudkan.

Kebanyakan penduduk yang majaroti tinggal di pekan ini adalah orang berbangsa Cina manakala kawasan kampung sedia ada didiami oleh kaum Melayu. Rata-rata aktiviti ekonomi adalah perladangan.

Baru- baru ini semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama pemandu saya, saya teringat akan kisah zaman cuti sekolah saya. dan saya pun bertanya pada beliau, pernah kah beliau makan kacang, jawabnya, ya. saya tanya lagi, pernahkah awak tengok pokok kacang tanah? jawabnya - tak pernah.

Saya pun terus bercerita akan pengalaman saya berkenaan kacang tanah ini.

Lazimnya, tauke-tauke ladang di tempat saya tinggal ini akan menanam pokok sawit. Akan tetapi hasil sawil hanya akan diperolehi setelah beberapa tahun. Oleh yang demikian tanah kosong disekitar ladang sawit ini akan di tanam dengan pokok kacang tanah untuk menjana hasil sementara menanti hasil sawit.


Ladang kelapa sawit dengantanah kosong

Kedudukan ladang sawit ini biasanya sekitar 2 batu perjalanan dari jalan besar. kadangkala hingga 6 batu dari jalan utama.

Alkisahnya, kawasan yang kami diami ada 3 kampung, Kg Baru air Kuning, Kg Baru Cina dan Kg Jawa. Dan tentunya tauke ladang sawit adalah kaum Cina. Bermula cuti sekolah, tauke ladang sawit ini akan maklumkan ketua Kg Baru dan Kg Jawa bila ladang sawit yang ditanam dengan kacang tanah ini akan dituai hasilnya.

Ketua kampung akan maklumkan pada anak buah dikampung masing-masing. Biasanya musim cuti sekolah ini rata-rata sentiasa ada aktiviti menuai kacang sehingga musim persekolahan bermula. Mahu atau tidak saja. Kalau malas tak ada wang saku. Tapi biasanya anak-anak, muda-mudi, makcik pakcik, balu atau janda semuanya akan turun menuai kacang.

Ladang Kacang Tanah

Sehari sebelum keladang, semuanya bersiap sedia dengan basikal. dan memastikan dalam keadaaan baik. Maklumlah, kalau dah menjelajah kehutan yang jaraknya 2 batu (3.2km) kalau basikal rosak akan jadi masalah besar. Kena usung basikal baik ke pekan. Lampu suluh adalah perkara wajib kerana biasanya gerombolan orang kampung ini akan bertolak ke ladang lebih kurang jam 5.30am atau selewatnya jam 6.00am.

Ini bagi mengelakkan bekerja di bawah matahari terik. Biasanya kerja menuai ini akan tamat jam 11.00am atau 12.00 pm. Gerombolan orang dari dua kampung ini akan datang dari dua arah, selatan untuk dari Kg Jawa, utara untuk dari Kg Baru. Kumpulan dari Kg Jawa memang diketahui oleh kami sebagai orang yang rajin dan tangkas bekerja. Kalau mereka sampai dulu maknanya bahagian yang kami hendak tuai akan jadi sedikit. Mereka amat cepat dan tangkas buat kerja ladang. Jadi kami mesti pastikan kumpulan kami yang sampai dulu ke ladang.

Bekalan air mesti mencukupi kerana tiada sumber air bersih di ladang kecuali air sungai. Nasi yang siap dibungkus mesti mencukupi dan tak basi. Topi, dan baju lengan panjang perkara yang wajib takut kulit dimakan cahaya matahari terik

Sesampai ke ladang kami terus bekerja menuai pokok kacang lalu kami longgokan pada beberapa tempat dan di tanda dengan barangan peribadai seperti botol air, basikal, baju dan sebagainya.


<><>
<>
<><>
Basikal Tua

Semua yang terlibat begitu tekun kerana mengejar masa sebelum matahari terbit. Kadangkala kami sekeluarga akan berada di ladang kacang termasuk ibu saya. Walaupun bapa saya seorang anggota polis berpangkat OCS pada ketika itu, kami tak dapat apa keistemewaan. Pendek kata, cuti sekolah tak ada duit belanja. Kalau hendak duit belanja pergi cari sendiri di ladang Cina. dalam ertikata lain, pergi kerja cari duit. Biasanya sekitar jam 11.00am kerja menuai dah tamat, dan kini masanya untyuk menjual hasil tuaian kepada tauke empunya ladang. Tapi tak semestinya kami boleh pulang, barangsiapa yang ingin meneruskan kerja menuai boleh teruskan sampai ke petang.

Saya berusia 44 tahun sekarang, saya sedar betapa susahnya ibu tunggal, balu dan orang kampung yang tak mempunyai tanah sendiri mencari wang. Mereka memang menanti saat ini. Bagi mereka, inilah rezeki tambahan dan mungkin juga lumayan. tauke Cina biasanya membeli tuaian kacang ini dengan sukatan 'tong minyak tanah'. Satu tong penuh kacang tanah yang telah diasingkan dari tanah dan pasir biasanya di beli dengan harga RM0.80sen setong. Kalau rajin, saya sendiri akan dapat dalam 6 tong sehari. Maknya saya ada duit belanja sebanyak RM4.80.

Memandangkan ladang sawit yang ditanam pokok kacang ini sangat luas. Kadang kadang sehingga 30 ekar. maka khidmat traktor kepunyaan tauke Cina ini diperlukan. Hendak mengangkat hasil tuaian ini oleh orang muda pun tak terdaya, apatah lagi makci dan pakcik yang dah berusia emas.

Setelah disukat dalam tong minyak tanah, tauke Cina buat bayaran tunai. Kadangkala kami juga bernasib baik. Harga kacang tanah yang di tuai ini tak menentu. Semuanya, ditentukan oleh tauke. Kadangkala boleh jadi RM1.40 setong. Kadang kala boleh jadi RM0.60 setong.

Yang lawaknya, harga boleh dibincang dengan tauke selepas hasil kacang dituai. Adakalanya setelah dituai tetapi harga yang ditawarkan oleh tauke tak dipersetujui maka kami tak menjual hasil itu. Saya pun hairan, Ladang tauke punya, kacang tauke punya, traktor tauke punya, hasil tauke punya tapi bila kita tuai kita pula tak mahu jual pada tuan punya ladang.!!! Tauke pun tak berani buat apa-apa, akhirnya tauke akan setuju dengan harga kami. Itulah kekuatan bila orang Melayu bersatu.

Menuai hasil tanaman kacang ini akan berlarutan sehingga awal Januari sehingga musim cuti sekolah yang baru. Kadangkala hing penghujung Januari. Tapi aktiviti ini biasanya akan dilakukan oleh orang kampung. Anak-anak yang kesekolah tak mengambil bahagian lagi.

Bila ada duit belanja yang lebih sebelum berakhirnya disember, biasanya kami akan ke pekan Kampar untuk membeli belah. Pekan Kampar adalah pekan yang paling besar dan paling hampir dengan tempat kami tinggal. kami akan membeli peralatan sekolah dan pakaian dari wang hasil tani di sebuah pusat beli belah dikampar - Emporium (saya diberitahu Emporium sudah terbakar).

Kami biasanya kesana kerana ingin menaiki eskalator, kerana hanya Emporium saja yang ada eskalator pada waktu itu. Itupun hanya satu eskalator untuk naik keatas, menurun kena gunakan tangga. Panjang ceritanya.......

Saya akan sambung lagi kisah dan pengalaman saya

Monday, April 2, 2012

Masa Yang Sukar

Hampir sebulan tak mencoret di laman ini. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik. Semuanya dalam keadaan baik. Dengan izin tuhan masih dapat menghirup udara segar.

Marissa dan Mayra sehat sejahtera. Tapi Mayra ada sedikit nakal, suka menangis malam tanpa sebab. Siang hari tidur nyenyak. Pembantu yang dihantar pula tak senonoh. merokok dalam rumah sehingga memaksa saya hantar pulang. Tokeh rumah pun tak merokok dalam rumah. Mungkin dia mohon untuk jadi GRO di pub, agen hantar jadi pembantu rumah.

Nini naik pening mengurus Marissa ke sekolah manakala Mayra nak kena bawak juga dalam kereta. Tudung kepala boleh jadi tunggang terbalik.

Meanwhile, Eliza pun discaj dari Pantai Hospital. Sekarang dah berada dirumah. Dua hari selepas discaj, Eliza datang ke Melaka. Walaupun dia dalam keadaan tak berapa sehat, dia nak juga datang ke Melaka. Sampai Melaka keadaan masih tak selesa. Eliza admit semula di Pantai Melaka untuk transfuse darah satu malam. The next daya saya hantar semula pulang ke Petaling Jaya.

Dato Dr Shanker dan lain-lain kawan Dr cuba membantu untuk Eliza segera di masukkan ke wad di HUKM. Malangnya katil tidak ada. Kami terpaksa menunggu sehingga hari ini. Semua ahli keluarga berdoa agar Eliza dapat meneruskan rawatan lanjutan segera. Semua sedia maklum Eliza perlu rawatan lanjut. Kami sama sama berdoa. Eliza bagaimanapun berada dalam penuh semangat dan positif walaupun cepat berasa letih.

Seperti biasa setiap weekend saya akan pulang ke Petaling Jaya. Saya berharap agar dapat berita dari HUKM ada katil kosong untuk Eliza. Tapi hampa. Hari ini April 02, 2012, masih tidak ada berita lagi dari HUKM, tapi Dato Shanker sudah maklumkan agar ke HUKM hari ini untuk buat full blood count persiapan untuk rawatan lanjut walaupun wad tidak ada yang kosong.

Sememangnya HUKM agak jauh dari Petaling Jaya. saya cuba memikirkan bagaimana nak aturkan siapa yang akan temani Eliza di HUKM nanti, Saya di Melaka.!!!

Walau apa pun, saya sangat gembira. Eliza berselera makan, walaupun tak seperti biasa. Eliza masih berkomunikasi melalui telefon. Segalanya masih seperti biasa. Eliza tahu yang rawatan lanjut amat toksik. Eliza bersedia dengan penuh positif. Saya berdoa kepada Allah swt agar segalanya berjalan lancar dan Eliza kembali sehat dengan segera.

Hari ini dah setahun genap, kami dimaklumkan yang Eliza di diagnos menghidap Leukimia.

Wassalam.

Tuesday, March 13, 2012

Something Not Right

Dear friends,

Today March 13, 2012. Eliza has been in the hospitals for 25 days. She shows a very slow recovery sign. For the past one week, she had a stomach ache derived from chemo effect.

This morning she called me minutes before I enter my first meeting room informing that she is du for MRI at 3pm. She cried over the phone. She's in pain. I am helpless....

I didnt take my lunch, I kept silent in my office after the meeting and preparing for the other meeting at 230pm. I lost my focus in the meeting, I hope she will recover soon.

Regards.

Wednesday, February 29, 2012

Kembali ke Hospital

Salam sejahtera,

Dah hampir sebulan saya tak update perkembangan sekitar. Kebanyakan yang saya tulis hanyalah berkenaan diri dan keluarga saja. apa pun kepada pembaca yang mengikuti kisah saya ini saya ucapkan terimakasih.

Pada 17hb Februari yang lalu kami sama sama membuat keputusan untuk meneruskan rawatan buat Eliza. Maka pada tarikh tersebut dengan hati yang redha eliza melangkah masuk ke Pantai bangsar untuk rawatan susulan.

Kami berdua tahu apakah kesannya rawatan kali ini. Kami sudah maklumkan pada ahli keluarga terutama ibu bapa Eliza. Its going that easy this time round. Kata doktor rawatan yang ubatan yang lebih keras dari biasa. Kami berdua redha.

Dari hari pertama hingga ke sepuluh nampaknya Eliza bertahan dengan jayanya. Setelah pulang dari lawatan rutin di hospital pada hari kesepuluh saya mendapat panggilan telefon bahawa Eliza yang pada petang tadi sehat walafiat telah diserang demam.

Awal pagi saya sempat bercakap dengan Eliza sebelum beliau bersarapan, suara kedenganran amat lemah. Lebih kurang jam 11pagi, saya sekali lagi mendapat panggilan telefon, eliza terpaksa dipindahkan ke ICU. Bagai nak runtuh langit bila mendapat tahu hal ini. saya bergegas terus dari pejabat di Melaka ke Bangsar.

Saya tak sampai hati melihat Eliza terlantar lemah dikatil bilik 10 - ICU. saya berpesan pada eliza, berdoalah banyak-banyak kepada tuhan. Kami semua sayangkan ALONG. Kuatkan semangat.. Pelawat tak dibenarkan lama bersama Eliza. Saya dapat lihat kekuatan pada diri Eliza melalui matanya. Dia kuat..,, saya mohon berundur dari Eliza.

Eliza masih mahu bercerita seperti biasa mengenai bisnes kain, tapi saya cuba elakkan kerana saya tahu dia perlu berehat dan dia dalam keadaan lemah. dengan berat hati saya keluar dari bilik 10-ICU. Kepada semua yang mengenali Eliza, doakanlah agar Eliza cepat sembuh, InsyaAllah.

Kepada para sahabat yan setia dan menyokong bisnes Eliza saya ucapkan teramat banyak terimakasih kerana sudi meluangkan masa melayari web dan FB 'chantek cotton'. Eliza perlukan anda semua untuk memenuhi masa yang terluang di hospital. Dia sangat gembira bila dapat berbual, ber bisnes melalui laman web. Kadangkala bercerita tak henti henti.

Tapi kadangkala saya sedih, ada juga rakan-rakan yang tak tahu status kesihatan Eliza masih menghantar SMS yang membuatkan hati Eliza hiba atau tersinggung. Saya tidak salahkan sesiapa, tapi saya harap anda semua yang membaca dapat memahami keadaan Eliza.

Apa pun saya berharap agar Eliza cepat sembuh, insyaAllah.

Wednesday, January 4, 2012

Penang oh Penang

Sebenarnya penag adalah destinasi seterusnya selepas Melaka, sehari sebelum eliza dimasukkan ke Hospital kami dah merancang 3 minggu lebih awal untuk ke Pulau Mutiara.



Atas nasihat doktor, Eliza terpaksa membuat pilihan ke Bangsar saja demi kebaikan bersama. Hari ini Januari 04, 2012. Eliza masih tak melupakan janji untuk ke Pulau Mutiara. Awal awal lagi dia dah ingatkan saya untuk kesana bila keadaan mengizinkan.

Suasana di pejabat agak muram, semuanya dah sedia maklum akan target, forecast dan direction yang saya berikan. walaupun tak seberapa tinggi berbanding tahun sebelumnya tapi sudah tentu faktor ekonomi yang lain diambil kira.

Kesan pilahanraya umum yang akan datang nanti diambil kira, kedudukan ekonomi Amerika diambil kira, Korea Utara, bencana alam, KLCI, Australia dan yang paling penting keadaan sekitar segitiga emas ini.

Marissa pula dah mula masuk sekolah pagi tadi, setelah hampir dua bulan dok dirumah , pagi ni dah mula tunjuk malas nak bangun tidur. tapi seperti biasa tak menangis bila ke sekolah. jam 1130 dah balik ke rumah. Alhamdulilllah tak nakal sangat hari ini. Semoga segalanya berjalan lancar......

Disember 25 yang lalu, saya pulang ke Melaka dari Bangsar, seperti yang dijanjikan hendak bawa Marissa keluar. Sampai di Melaka terus ambil Marissa dan Nini untuk kembali semula ke KL dan balik kampung di Langat. Penat bukan kepalang lagi.

Apa nak buat, saya dah janji nak bawa keluar, tapi tak janji nak bawa ke mana. Nini ikutkan saja, asalakan bawa Marissa keluar. Kemana dan dimana bukan soalnya, asal keluar sudah....

Sebelum sampai di Ulu Langat, saya dah telepon kakak saya untuk siapkan sedikit makan malam yang simple sebab saya tak sempat makan di hiway dan masa pun tak banyak. Alhadulillah ada la dia masakkan saya ikan dan ayam goreng. Tak perlu keluar makan lagi.

Lebih kurang jam 11 malam. kami pun mohon untuk beransur pulang ke Melaka. Pening nak mendengar cerita abang saya yang nombor 3 tu. Perangai tak berubah. Semuanya 'tahu', tapi sebenarnay apa pun dia tak tahu. Yang dia tahu mungkin makan taufu jeeee......

Sampai Melaka dah hampir jam 2 pagi, Sikecik dan yang besar pun dah lentok......

Monday, January 2, 2012

January 02, 2012

Salam sejahtera dan selamat tahun baru buat semua kaum keluarga, para sahabat, kenalan dan pembaca misteri yang mengikuti laman blog saya.

Hari ini adalah hari kedua tahun baru, saya baru saja menyambut ulangtahun hari lahir saya yang ke empat puluhtiga (43) dua hari yang lalu. Kepada semua well wisher saya ucapkan berbanyak terimakasih atas tingatan kalian.

Banyak kenangan yang suka dan duka telah saya tinggalkan bila berlabuhnya tirai menutup tahun 2011, banyak cerita yang kadang-kadang terpaksa saya pendamkan saja di seballik kalbu. 

Hari ini juga adalah hari yang ke 17 eliza berada di Pantai hospital Bangsar untuk rawatan. Ramai kawan yang tak tahu akan keadaan beliau, mungkin seorang dua saja yang tahu ( Azlin, Hema) yang lain mungkin sibuk dengan aktiviti dan komitmen masing masing.


Ahli keluarga saya yang lain semuanya mendoakan agar Eliza cepat sembuh, insyaAllah.

Nini dan Icca ada bersama di hospital pada malam tahun baru, walaupun perut saya sendiri kelaparan malam tu sebab tak makan dari pagi, saya gagahkan juga sebab belum pernah dalam sejarah perkahwinan saya tidak berada dengan Eliza pada tarikh 31 Disember. 
Tiada sambutan istimewa, tiada hadiah, tiada kek, tiada keraian..... kami sekeluarga hanya berborak saja dan mengharapkan yang terbaik untuk Eliza.