Wednesday, February 29, 2012

Kembali ke Hospital

Salam sejahtera,

Dah hampir sebulan saya tak update perkembangan sekitar. Kebanyakan yang saya tulis hanyalah berkenaan diri dan keluarga saja. apa pun kepada pembaca yang mengikuti kisah saya ini saya ucapkan terimakasih.

Pada 17hb Februari yang lalu kami sama sama membuat keputusan untuk meneruskan rawatan buat Eliza. Maka pada tarikh tersebut dengan hati yang redha eliza melangkah masuk ke Pantai bangsar untuk rawatan susulan.

Kami berdua tahu apakah kesannya rawatan kali ini. Kami sudah maklumkan pada ahli keluarga terutama ibu bapa Eliza. Its going that easy this time round. Kata doktor rawatan yang ubatan yang lebih keras dari biasa. Kami berdua redha.

Dari hari pertama hingga ke sepuluh nampaknya Eliza bertahan dengan jayanya. Setelah pulang dari lawatan rutin di hospital pada hari kesepuluh saya mendapat panggilan telefon bahawa Eliza yang pada petang tadi sehat walafiat telah diserang demam.

Awal pagi saya sempat bercakap dengan Eliza sebelum beliau bersarapan, suara kedenganran amat lemah. Lebih kurang jam 11pagi, saya sekali lagi mendapat panggilan telefon, eliza terpaksa dipindahkan ke ICU. Bagai nak runtuh langit bila mendapat tahu hal ini. saya bergegas terus dari pejabat di Melaka ke Bangsar.

Saya tak sampai hati melihat Eliza terlantar lemah dikatil bilik 10 - ICU. saya berpesan pada eliza, berdoalah banyak-banyak kepada tuhan. Kami semua sayangkan ALONG. Kuatkan semangat.. Pelawat tak dibenarkan lama bersama Eliza. Saya dapat lihat kekuatan pada diri Eliza melalui matanya. Dia kuat..,, saya mohon berundur dari Eliza.

Eliza masih mahu bercerita seperti biasa mengenai bisnes kain, tapi saya cuba elakkan kerana saya tahu dia perlu berehat dan dia dalam keadaan lemah. dengan berat hati saya keluar dari bilik 10-ICU. Kepada semua yang mengenali Eliza, doakanlah agar Eliza cepat sembuh, InsyaAllah.

Kepada para sahabat yan setia dan menyokong bisnes Eliza saya ucapkan teramat banyak terimakasih kerana sudi meluangkan masa melayari web dan FB 'chantek cotton'. Eliza perlukan anda semua untuk memenuhi masa yang terluang di hospital. Dia sangat gembira bila dapat berbual, ber bisnes melalui laman web. Kadangkala bercerita tak henti henti.

Tapi kadangkala saya sedih, ada juga rakan-rakan yang tak tahu status kesihatan Eliza masih menghantar SMS yang membuatkan hati Eliza hiba atau tersinggung. Saya tidak salahkan sesiapa, tapi saya harap anda semua yang membaca dapat memahami keadaan Eliza.

Apa pun saya berharap agar Eliza cepat sembuh, insyaAllah.