Friday, May 4, 2012

Eliza Haslinda Alias 1971 - 2012 Part 2

Percutian terakhir kami ke Trengganu sebelum Eliza di sahkan menghidap Leukimia
Eliza terus berada di Sunway Medical Centre selama 3 malam. Saya mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku. Saya minta doktor pakar Dr Shanker VJ Naidu lakukan ujian darah sekali lagi, kami semua hampa dengan keputusan ujian itu.

Dato Shanker seorang doktor pakar berusia 40 tahun yang akhirnya menjadi kawan karib saya sekarang, pada mulanya menggesa saya membuat keputusan segera agar Eliza dapat diselamatkan.

Sahabat karib Eliza yang pertama tiba dihospital Sunway ialah Puan Azlin Ahmad. Saya terangkan padanya keadaan Eliza pada saat itu. tapi yang pentingnya satu keputusan mesti dibuat segera. Teruskan atau berserah saja.

Saya berbincang dengan semua ahli keluarga dan sebulat suara membuat keputusan untuk teruskan protokol berikutnya. Eliza dengan tenang kami terangkan akan prosedur yang akan dilalui. Dia akur walaupun dia sedih dan hiba.

Doktor terangkan pada kami bahawa AML akhirnya akan menjurus kepada pemindahan sum-sum tulang dari adik beradik atau yang terakhirnya dari penderma.

Kami redha, saya buat keputusan untuk pindahkan Eliza dari hospital Sunway ke Pantai Bangsar dua hari kemudian yang mana beliau akhirnya menghuni bilik wad D603 selama 58 malam.

Perjalanan ini amat sukar, saya berulang ke tempat kerja selama itu juga. Bangsar Melaka Bangsar selama 58 hari. Hidup mesti diteruskan. Nini dan Marissa mengalah demi Eliza, mereka faham Eliza memerlukan saya ketika itu. Saya ucapkan terimakasih pada Nini kerana menjadi isteri dan ibu yang sangat memahami dikala musibah melanda kami.

No comments:

Post a Comment