Monday, December 18, 2017

December 2017- Hari yang sukar

Disember 2017 bermula dengan baik.. tak kira girangnya saya. Hujung bulan akan sambut Hari kelahiran saya.

8 Disember lalu semasa di pejabat saya Ada bertanya pada staff samada esok sabtu Hari bekerja atau tidak.. Ada yang kata ya Dan Ada yang kata today sambil berseloroh.

Tanpa di duga.. memang benar esoknya yang berseloroh itu memang bercuti kecemasan.

Episod ini berlarutan hingga ke Hari ini, dah masuk 10 Hari. Hanya saya yang tahu apa puncanya.

Berita dari pejabat pentadbiran Hari ini memang sukar Saya terima. Saya berdoa agar Ada perubahan keputusan.

Kami memang sangat akrab bukan saja sebagai pekerja Dan boss tapi lebih dari itu.

Saya berdoa agar keadaan kembali normal. Pekerja yang baik terlalu sayang untuk saya kehilangannya.

Saya akan terus menulis apa yang saya ingat selama tiga tahun saya mengenalinya..

Salam sejahtera utk Hari ini.

Wednesday, March 4, 2015

SPM Result

4 march 2015.

Lama sungguh saya tak mencoret apa apa dalam blog saya. Hari ini saya berpeluang membuka laman blog saya untuk refresher.. Sememangnya hasrat hati hendak menulis setiap hari, tapi apakan daya masa tak mengizinkan.

Semalam saya menunggu akan keputusan peperiksaan spm anak perempuan saya. Lama menunggu tapi tidak ada jawapan. Khabarnya dia mendapat keputusan yang kurang baik, mungkin sebab itu dia agak segan untuk memberitahu saya keputusan peperiksaaan nya.

Apa pun,, anak tetap anak. Percayalah dady terima apa saja keputusan yang sekolah beri.

 Daddy doakan semoga Sara tidak berputus asa

Daddy

Tuesday, December 4, 2012

2 months after Eliza passing

Two month after her passing I was diagnoed of having stone in my galbladder. i decided to have it removed just few hour after being informed by the doctors.

No one of my siblings and familty member was aware that I am going for the surgery next few days. I dont feels that is fair for me not to advise Nini of the situation becaused she mothered my daughters.

Monday, November 5, 2012

Oktober 24, 2012 - Just another week to her Birthday

Tanggal 24 oktober 2012, Hari ini genaplah 6bulan Eliza meninggalkan kami. Seminggu lagi, sekiranya dia masih bernafas di bumi Allah ini dia akan menyambut hari lahir yang ke 42.

Saya sudah lama tak mencoret apa apa di halam ini, mungkin dah hampir 5 bulan. Tiada apa yang menarik pun. Kalau pun ada hanya akan menambah duka.

Sudah 2 majlis Hari raya  saya tak pernah menjengok keluarga mertua saya di Kelana Jaya. Sangat terasa kehilangan Eliza bila saya bayangkan kalau saya singgah di Kelana Jaya. Potret kami sekeluarga masih terpampang di dinding ruang tamu rumah.

Peralatan rumah dan bilik yang saya siapkan untuk arwah semasa dia berada di hospital masih lagi kemas seperti dahulu. Segala yang terdaya saya siapkan untuknya dengan penuh harapan agar dia akan segera sembuh. Allah lebih sayangkan dia.

Sedih mengingatkan ibu dan bapa mertua saya di Kelana Jaya. Tapi sebak di hati saya tiada siapa yang tahu.

Mayra Ilaiza Ariff sekarang dah berusia 9 bulan, In adalah amanat arwah. Sedih saya terkenang kan Mayra yang tak dapat mengenali arwah.


Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Insya Allah

Wednesday, June 13, 2012

Motivation

I went for my motivational course somewhere early in 90s and the latest one came in in 2005. It can never change me during this period. How much courses you've gone through can never change this unless you are in its shoes.

I now and here, if I ever to write something to my late wife, what do I write, ( you imagine)! will you write about your love story or others things, by the end of the day you got no heart to spell any of the sentences you wrote to her whether shes alive or not.

This is my letter look like:-

My dear wife,
I met you last two years, I married you and now we are officiallly husband and wife for 15 years. We have gone through up and down, like and dislikes, hate and hatred, friends who like and dislikes of our decision, but I am proud to say that you are with me still.

I got my marissa just two years before your passing, you spoilt her and you love her too much even she can remember your slippers and clothings till today. The only personal belongings that I have kept for you is your sandals in red as Marissa is begging for it as the last things that she can remember.

Today  during the dinner she talk about you, she recalls all of us in the family about you. when are we going to visit you in the hospitals, she reminds us.

Wednesday, May 16, 2012

Eliza Haslinda Alias- 1971-2012 - A Post came too Late

Yesterday Hema accompanied her to Pantai as she decided to seek treatment under the care of Dato Dr Shanker.
She can't take it anymore in UMMC. Lots of discussion and meetings between the doctors and Professors. At last nothing happened. As I mentioned in my earlier entry 'genuea pig'!! True enough.
Just less than 24 hours in Pantai under the care of Dr Shanker, Eliza manage to eat, talk, movies, shower and so on by herself.
She started to mumbles right after 7am this morning, this is a problem when people is healthy!!! Hahaha
She had her toast just after her shower and her favorite daily news of METRO.
She started to question me about all the utilities bills, broadband, hp, new phone, new wrist watch and bla bla bla.......
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 7, 2012

Eliza Haslinda Alias 1971-2012 - Part 3

Discaj dari hospital, Eliza mempunyai banyak permintaan. Semua ahli keluarga bersyukur. Semua mempunyai harapan yang sangat tinggi bahawa Eliza agar sembuh sepenuhnya. KAmi tahu Eliza harus teruskan 4 lagi sesi chemo seberapa segera.

Kerana kos yang tinggi, kami meminta agar Eliza ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Sebelum meneruskan rawatan kami sekeluarga sempat mengadakan beberapa gathering keluarga dan sambutan harijadi.

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba apabila rawatan susulan menunjukkan sel darah putih Eliza telah kembali aktif. Kami akur, demi menyelamatkan nyawa Eliza. Kami sedih kerana tak mampu meneruskan rawatan di Pantai Bangsar untuk kali ini. Kami sedih melihat Eliza terpaksa berkongsi bilik dan keadaan bilik yang sama sekali berbeza dengan hospital Pantai. Tapi kami tiada pilihan buat masa itu,

Banyak komplikasi yang dilalui semasa rawatan. Eliza yang dulunya gempal kini telah kurus. Berat badan jatuh terus dengan mendadak kepada 47kg. Memang amat menyedihkan. Disaat itu kami amat mengetahui bahawa Eliza tak mempunyai masa yang lama, tetapi semuanya memberi sokongan moral. Kami langsung tak ada membincangkan soal kematian. Semua positif di luaran.

Eliza akhirnya memohon untuk ditempatkan semula ke hospital Pantai dibawah perhatian Dato Dr Shanker. Kami akur kerana kami mahu yang terbaik untuknya. Kos rawatan di PPUM juga mencecah seratus ribu ringgit. Saya berusaha untuk memenuhi permintaan Eliza.

Eliza hanya meminta dia ditempatkan ke Hospital Pantai atau pulang saja tanpa meneruskan rawatan di PPUM. Demi Eliza saya akur. Beliau akhirnya dibenarkan pulang kerumah selepas berada di Pantai selama 21 hari. Alhamdulillah....

Beliau hanya ada beberapa permintaan saja dari saya. "Nanti bila dah sehat abang bawa Along pegi Cherating ye", "Nanti bila dah sehat abang bawa Along pergi Penang ye" "Nanti dah sehat Along nak pergi Melaka tau" "Along nak makan sedap weekend ni"