Thursday, December 28, 2017

Block and blocking

Sayu hati ini bila ada yang cuba menjarakkan diri ini.

Tiada ruang untuk komunikasi lagi.

Pertanyaan biasa seperti dah makan.. dah dinner.. cuti minggu ni kemana , semua nya sudah dianggap soalan peribadi.

Aku rindu pada kamu yang dulu.
Aku sayang pada kamu.
Aku Tau kamu juga sayangkan aku
Aku pastikan ia tak Akan jadi sejarah.
Aku tahu kamu juga rindukan aku

Aku tak tahu mengapa kamu paksa diri kamu untuk membenci aku..

Aku tahu apa ada dalam hati kamu..

Apa pun.. AKU SAYANG KAMU. Sedikit tak berubah dalam hati aku.

Wasalam

Di sini kubawa diri

14 Julai lalu saya disini atas urusan kerja, kami ber empat menginap di Primula Resort.

Saya tak menyangka saat indah semasa menjalankan tugas akan bertukar begini saat ini.

21Julai Saya kembali lagi utk saksikan Trengganu marathon bersama keluarga..

Hiba hati saya bila teringat 14 Julai. Tak ada sengketa. Tak ada perselisihan faham.

Lima bulan kemudian, iaitu hari ini Saya kembali ke Pantai Batu Burok dengan hati yang penuh kecewa dan penuh tanda Tanya..

Saya akan berubah atau saya akan ubahkan segalanya.

Biar Kamar 720 menjadi saksi Dan berbicara..

Salam Maghrib dari Trengganu

Sunday, December 24, 2017

365 Hari - 2017

Semuanya bermula dengan baik. Warga kerja melapor diri seperti biasa.

Meeting pertama saya mulakan dgn memberi maklum akan objektif syarikat.

February bulan cinta, hubungan peribadi dan keluarga seperti biasa.. seperti yang lain, bulan cinta menguatkan lagi rasa cinta.

Mac tiba jua, pendapatan syarikat tak berapa memberangsangkan untuk suku pertama. Kekuatan membeli merosot. Kisah cinta tak pernah pudar.

Cemburu semakin hangat. Terang dan nyata. Pengakuan entah kali ke berapa saya pun tak pasti.. tapi izin untuk teruskan saya perolehi. Terimakasih isteriku

Kunjungan peribadi kali ke 3 ke Johor di bulan Mei saya mulakan. Sengaja menziarah kerana hasrat maksud telah dinyatakan awal lagi.

Jun tiba tak perlu diundang. Hubungan keluarga baik belaka. Tugas pejabat nampak selesai ikut jadual. Perjalanan outstation ke Pulau Pinang dan Trengganu berjalan lancar. Kami semakin rapat dan sangat intim.

Hanya tuhan saja yang tahu..

Bercerai Jua Akhirnya

Saya kenali wanita ini sejak di tingkatan 5, semasa masih di zaman persekolahan.
Kami memang sangat intim. Semua rakan sekolah mengetahui akan hal ini.

Tamat sekolah saya tak mendapat keputusan yang baik. Saya kuatkan hati dan terus bekerja sambilan di Kuala Lumpur. Hasrat hati. Sambil bekerja boleh sambung belajar.

Hubungan kami renggang sejak tamat sekolah dan akhirnya membawa diri masing masing tanpa ada apa apa contact lagi.

Dia juga terus memilih untuk bekerja di Kuala Lumpur.. tapi saya tak tahu dimana tempatnya.

Dua tahun kemudian Saya terserempak dengannya bersama pacarnya di pusat beli belah di Kuala Lumpur. Mereka berkahwin pada tahun tersebut. Dia ketika itu berusia 23 tahun

Saya memilih untuk kekal sendiri tanpa apa apa hubungan sehingga ke usia 26 tahun..

Dalam sekitar 20 tahun Saya pernah Ada terserempak dengan beliau semasa bertugas sebanyak 2 Kali saja.

Akhirnya setelah 20 tahun mendirikan rumah tangga mereka berpisah, alasannya kerana suami beliau cemburukan saya.. adooi.. malang sungguh nasib beliau..

Saya hanya tau akan hal ini sebelah 2 tahun mereka berpisah. Beliau nyatakan sendiri hal ini pada saya melalui telepon.

Saya doakan beliau tabah menghadapi dugaan ini. Saya mohon maaf kerana saya menjadi punca yang tak pernah ujud dalam masalah ini.

Kepada ex husband beliau, saya nak sebutkan disini.. Jangan jadi lelaki BODOH..

Sekian untuk kali ini

Tuesday, December 19, 2017

Trengganu biz trip july 14, 2017

14 Julai 2017, Kami berangkat ke Trengganu pagi ini..tapi singgah di Kuala Lumpur Hilton kerana ada discussion.

Dari Kuala Lumpur kami bertolak jam 230 petang. Melalui Bentong kami susuri Lebuhraya Pantai Timur, akhirnya sampai ke destinasi.

Check in di Primula dan tanpa mandi terus mencari kedai makan untuk dinner.

Semuanya penat Dan balik berehat di hotel.. apa yang terjadi selepas itu.. kami saja yang tahu..

15 Julai 2017.. meeting marathon.. selepas sarapan semuanya bersiap untuk terus bekerja.

Kami ke pusat batik Arfah di Marang.

Seterusnya ke pejabat exco usahawan di Kuala Trengganu

Jam 3 baru sempat menjamah McDonald untuk makan tengahari.

Kami singgah di pejabat Pelancongan negeri Trengganu utk meeting penutup Hari ini.. meeting tamat jam 430pm..

Bergerak terus pulang Melaka. Alhamdulillah sampai Melaka jam 1130pm.

Permata Yang Hilang April 24, 2012, 2016

Things happened for a reason. This is the day or night I celebrated my supposed anniversary.

The apple plucked tonite, with our both consent. No  one in denial.  We both missed each other.

Umrah 1999

I was there in 1999. It was then a dirty nite.. enjoying all whilst playing snooker.. I decided not not to proceed the game.. put down the glass.. went off.. and later performing my umrah.

That's how it goes..

Came back home, I was eventually offered a great job in sg petani.. aceppted and being there.. nothing goes fine there...