Monday, May 7, 2012

Eliza Haslinda Alias 1971-2012 - Part 3

Discaj dari hospital, Eliza mempunyai banyak permintaan. Semua ahli keluarga bersyukur. Semua mempunyai harapan yang sangat tinggi bahawa Eliza agar sembuh sepenuhnya. KAmi tahu Eliza harus teruskan 4 lagi sesi chemo seberapa segera.

Kerana kos yang tinggi, kami meminta agar Eliza ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Sebelum meneruskan rawatan kami sekeluarga sempat mengadakan beberapa gathering keluarga dan sambutan harijadi.

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba apabila rawatan susulan menunjukkan sel darah putih Eliza telah kembali aktif. Kami akur, demi menyelamatkan nyawa Eliza. Kami sedih kerana tak mampu meneruskan rawatan di Pantai Bangsar untuk kali ini. Kami sedih melihat Eliza terpaksa berkongsi bilik dan keadaan bilik yang sama sekali berbeza dengan hospital Pantai. Tapi kami tiada pilihan buat masa itu,

Banyak komplikasi yang dilalui semasa rawatan. Eliza yang dulunya gempal kini telah kurus. Berat badan jatuh terus dengan mendadak kepada 47kg. Memang amat menyedihkan. Disaat itu kami amat mengetahui bahawa Eliza tak mempunyai masa yang lama, tetapi semuanya memberi sokongan moral. Kami langsung tak ada membincangkan soal kematian. Semua positif di luaran.

Eliza akhirnya memohon untuk ditempatkan semula ke hospital Pantai dibawah perhatian Dato Dr Shanker. Kami akur kerana kami mahu yang terbaik untuknya. Kos rawatan di PPUM juga mencecah seratus ribu ringgit. Saya berusaha untuk memenuhi permintaan Eliza.

Eliza hanya meminta dia ditempatkan ke Hospital Pantai atau pulang saja tanpa meneruskan rawatan di PPUM. Demi Eliza saya akur. Beliau akhirnya dibenarkan pulang kerumah selepas berada di Pantai selama 21 hari. Alhamdulillah....

Beliau hanya ada beberapa permintaan saja dari saya. "Nanti bila dah sehat abang bawa Along pegi Cherating ye", "Nanti bila dah sehat abang bawa Along pergi Penang ye" "Nanti dah sehat Along nak pergi Melaka tau" "Along nak makan sedap weekend ni"

No comments:

Post a Comment