Thursday, August 12, 2010

Bermulanya Kisah Sekolah

6 Januari 1975 adalah tarikh keramat untuk saya. Memulakan hari pertama alam persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Tapah Perak. Sekolah ini terletak berhadapan dengan Hospital Tapah sekarang.


Hospital Tapah tempat saya dilahirkan

Kali terakhir saya melawat sekolah ini adalah semalam (20 Disember 2009) Bangunan kelas saya sekarang telah tiada ujud lagi kerana digantikan dengan bangunan batu sekarang berhadapan dengan steysen minyak Shell mengahala ke jalan Cameron Highland.

SRK (1) Tapah Perak

Blok Baru SRK (1) Tapah

Saya tidak mendapat pendidikan Tadika atau Taska sebelum memulakan alam persekolahan. Pendek kata saya Buta Huruf semasa memasuki darjah 1. Kelas saya ditempatkan adalah Kelas 1D, manakala kelas terakhir adalah 1E. Kekanda saya Ahmad Saiful di kelas 2C di sebelah petang.

Hari pertama kesekolah saya ditemani oleh kekanda saya Norehan. Saya menangis kerana takut dan tak pernah mengalami situasi sekolah. Pendek kata saya tak tahu apa itu 'sekolah' sebenarnya.

Kekanda saya Norehan yang pada masa itu di darjah 5 menunggu saya diluar bilik darjah hampir setiap hari. Dia ada bawa bekalan yang dibungkus bonda saya. Belanja sekolah dibekalkan oleh ayahanda saya hanya 20 sen sehari. Saya akan ditemani oleh Norehan hampir setiap waktu rehat selama hampir 2 bulan dan barulah saya selesa.

Ditempatkan di bilik darjah yang kurang cerdik, saya duduk bersebelahan dengan seorang pelajar India bernama Arumugam. Malangnya Arumugam buta huruf tegar sehingga darjah 5. Beliau hanya pandai menyanyi lagu-lagu Tamil. Saya masih berkawan dengan beliau walaupun saya telah di naikkan kelas lain pada tahun berikutnya sehingga tamat persekolahan sekolah rendah.

Tahun 1976 saya melangkah ke Darjah 2B, di kelas ini saya bertemu banyak kawan yang lebih pintar, walaupun kelas ke 2 dalam darjah, pelajar di kelas ini yang saya tahu ada 3 orang telah menjadi doktor, seorang telah menjadi VP di institusi kewangan terkemuka. Beberapa orang yang lain menjadi jurutera dan ada yang telah berhijrah keluar negara.

Akhirnya hujung tahun 1976 pun tiba, keputusan peperiksaan diperolehi dan saya terus melangkah ke Darjah 3A, 4A, 5A dan 6A sehingga tahun 1980.

Saya memperolehi 4A, 1B dalam peperiksaan Penilaian darjah 5, (B -untuk Bahasa Inggeris). Saya tidak kemana, tak dapat peluang apa pun untuk ke asrama. Orang tua saya amat kecewa.

Sekolah Menengah Buyong Adil


Perpustakaan SM Buyong Adil

Pintu Masuk Utama SM Buyong Adil
Kekanda saya Hazlan pun tamat Tingkatan 5, Norehan lulus cemerlang LCE. manakala Mohad Yusof masih kekal di Tingkatan 3 kerana Gagal buat kali kedua. Beliau akhirnya kesekolah swasta kerana tidak layak lagi menduduki LCE di sekolah kerajaan. Ahmad Saiful pula gagal SRP dan saya pula mendahului beliau di tingkatan 4. Kami belajar di tingkatan yang sama tetapi beralainan aliran,( sastera dan sains)

Hazlan yang tamat tingkatan 5, kini tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 kerana agregat yang tidak mencukupi. Akhirnya, orangtua saya membuat pilihan untuknya. Dia memasuki angkatan bersenjata PDRM mengikut jejak langkah ayahanda dan kekanda saya.

Saya tahu, Hazlan sememangnya tidak mahu menganggotai PDRM. Tapi apakan daya, mungkin dia saja yang boleh buat pengakuan ini samada benar atau tidak. Akhirnya setelah tamat kursus di PULAPOL Jalan Gurney (Jalan Semarak sekarang) belau dipindahkan ke Balai Polis Padang Besar Utara, Perlis. Saya difahamkan beliau ada melawat Padang Besar pada hari kelmarin (19 Disember 2009) setelah lebih 20 tahun meninggalkan PDRM. Beliau hanya kekal dengan PDRM selam 4 tahun dan kembali ke Kuala Lumpur bejkerja dengan sebuah bank pada 1984/5.

Kekanda saya Norehan pula berjaya dengan cemerlang di tingkatan 5. Beliau sempat ke Tingkatan 6 tapi mendapat peluang melanjutkan pelajaran di UTM jalan semarak mengambil jurusan kejuruteraan Elektrik.

Norehan Abdullah Sani

Norehan Sekeluarga

Pada masa yang sama Fauzi telah pun ke ITM (sekarang UiTM) Shah Alam, manakala Badrul Hisham sudah ke menara gading juga di UPM (sekarang Universiti Putra Malaysia)

Kekanda perempuan saya yang bernama Halijah iaitu anak kedua pula mendapat tawaran pekerjaan di Kuala Lumpur. Beliau pun berpindah tinggal di kampung saya di Ulu Langat bersama nenda dan datuk saya. Malangnya, kekanda Halijah saya pulang ke Rahmatullah lebih awal.Saya tidak dapat bekalkan gambar kekanda saya Halijah kerana tiada dapat saya cari dalam carian saya. Walaupun bgitu saya rasa wajahnya mirip anak perempuan tunggalnya hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Nawawi Husin.

Nawawi Sekeluarga

Dalam pada itu, pada tahun 1979 kekanda saya Ahmad Zaini melangsungkan perkahwinan dengan Jalipah Samad dan medapat seorang cahayamata pada tahun berikutnya (Norazlina Ahmad Zaini). Oleh kerana suami isteri bekerja, maka anaknya di tinggalkan di Air Kuning. Tahun pertama 1980 saya tidak merasa apa-apa kerana Norehan masih bersama kami, beliau yang pada masa itu hendak menduduki peperiksaan SPM menjaga anak saudara saya yang pertama.

Norazlina Zaini dan Suami

Setelah lulus cemerlang beliau terus ke menara gading, tinggal hanyalah saya dirumah bersama dua lagi kekanda saya. Tepaksalah saya menguruskan hal anak saudara saya dan hal-hal lain dirumah sewaktu pagi seperti beli sayur, dan menjaga anak saudara saya.

Kekadang saya terpaksa mencari pucuk ubi atau pucuk paku untuk dijadikan sayur sebelum membersihkan diri untuk ke sekolah waktu petang selain menguruskan anak saudara saya. Biasanya saya akan Norazlina dalam stroller dan bawa beliau ke tiang bendera di hadapan Balai Polis Air Kuning.


Tiang Bendera di hadapan Balai Polis Air Kuning masih megah berdiri walaupun Norazlina sudahpun berusia hampir 30 tahun hari ini.

No comments:

Post a Comment