Friday, August 13, 2010

Zaman Yang Hilang

Sepatutnya saya amat gembira pada zaman kanak-kanak, tapi hakikatnya saya tidak segembira orang lain. Keadaan kehidupan yang tidak begitu mewah membuatkan bonda saya terpaksa bekerja untuk menambah pendapatan. Bonda akhirnya membuat pilihan menjual kain, memotong daun tembakau, cabut pokok kacang, membungkus rokok daun dan sebagainya bagi menambah pendapatan ayahanda saya sekeluarga.


Bonda saya, Zabedah Osman ketika mendapatkan rawatan mata
Saya turut serta dalam aktiviti ini, apatah lagi menjelang akhir tahun bilamana sekolah hendak dibuka. Dapatlah saya serba sedikit pakaian baru untuk kesekolah. Selebihnya mungkin barangan yang telah diguna pakai oleh kekanda terdahulu saya.
Asalkan sekolah sudahlah…..

Bila mana ada peluang atau cuti sekolah saya akan bersama kekanda saya memcari peluang untuk mendapatkan sedikit wang saku. Kami akan ke kebun sawit menebas rumput, ke kilang ubi kayu mengeringkan ubi, kilang tembakau, kebun timun, kebun tembikai, kilang ayam menyusun telur dan sebagainya.

Zaman yang sepatutnya diraikan hilang tanpa sedar kerana memerlukan sedikit wang lebih. Bukan saya sendirian, mungkin seluruh adik beradik saya berbuat begitu.

Yang tinggal di Kuala Lumpur mungkin terlepas kerana belajar atau untuk bekerja. Mengenangkan zaman ini, saya bandingkan kehidupan anak-anak dan anak saudara saya yang begitu mudah saja belajar tanpa memikirkan bagaimana mencari wang saku pada hari ini. Tadah saja tangan, dapat duit.!!! bertuahnya…..

Bonda saja masih lagi sihat di kampung pada ketika ini, tentunya dia dapat merasakan lebih lagi erti kehidupan. Betapa sukarnya dia membesarkan kami bersama ayahanda saya.

Ada suatu ketika, saya memberitahu pada bonda saya saya inginkan seutas jam tangan. Maka saya disuruh menulis surat pada arwah kekanda Halijah saya di Kuala Lumpur akan hal ini. Selang beberapa bulan, pulang lah dia ke Perak dan membelikan saya seutas jam tangan jenama ORIENT.

Hadiah Dari Kekanda

Semasa membeli, saya di suruh membeli jam tangan sedikit besar agar boleh memakainya bila usia saya meningkat remaja.

Saya amat sedih pada hari dan ketika ini, membayangkan kesanggupan kekanda saya membeli jam tersebut. Sekiranya saya tahu akan pendapatan beliau pada ketika itu sebagai seorang kerani di Jabatan Hasil Dalam Negeri pada ketika itu , saya tak sanggup menulis kepadanya…

Aliza Zaini
Semoga Rohnya dicucuri rahmat……….

Anak-anak kekanda Halijah saya sekarang sangat berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, Hafiz, Wan, Nadia dan Ami. Mungkin tuhan membalas kebaikan dan keikhlasan bonda mereka pada saya.

Berbalik ke tahun 1981, setiap tahun maka lahirlah anak saudara saya, satu bertambah 2, 2 bertambah 3, 3 bertambah 4. dan seterusnya……..
Al Amin Zaini

Kebanyakannya ditinggalkan bersama bonda saya untuk diasuh. Siapa lagi yang tinggal dirumah kalau tidak saya. Norehan di menara gading…………
Hafiz Nawawi

Saya tidak cemerlang di peringkat SRP, tapi masih terus ke aliran sains di tingkatan 4.

Akhirnya ayahanda saya bersara dari PDRM dan kami pun berpindah dari Perak ke Hulu Langat Selangor pada tahun 31 Disember 1984.



mungkin sedikit selesa setelah Fauzi mula bekerja sejak kami di Perak lagi di sebuah bank (Malayan Banking) di Kampar, Perak dan kemudian di tukarkan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Badrul pula sudah tamat pengajian dan kekerja di Bank Pertanian, di Jalan Pasar, Kuala Lumpur.
Badrul dan Isteri Noraini Idris
Badrul Hisham Sekeluarga

Hazlan yang sedia ada di Kuala Lumpur bekerja di Cooperative Central Bank, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. tapi masih menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam

Hazlan & Raja Nazirah sekeluarga

Norehan sudah sampai ketahun terakhir pengajian di UTM dan akhirnya bekerja dengan Telekom Malaysia di Cochrane, Cheras. Tapi sudah mula bercinta dengan abang ipar saya sekarang…..

Roslan & Norehan sekeluarga

Saya masih lagi belum tamat pelajaran dan akan terus menyambung di Sekolah Menengah Abdul Jalil Ulu Langat pada 1985…………..

Maka dengan bersaranya ayahanda saya dari pasukan polis, saya pun berpindah ke Ulu Langat terlebih dahulu dengan kekanda saya Ahmad Saiful pada bulan Oktober 1984. Rumah yang dibina masih belum siap lagi. saya menumpang sementara di rumah nenek saya berama kekanda saya sementara menunggu sekolah dibuka….Januari 1985

1 comment:

  1. Nice pictures. I have gambar the whole family dalam my facebook. Gambar abang long n family , abang fauzi n family , masa tu taken during hari raya

    ReplyDelete