Thursday, August 12, 2010

I AM ARIFF SANI

Dilahirkan pada 31 Disember 1968 di Tapah Perak. Saya membesar dalam keluarga yang agak besar dengan sembilan adik beradik 7 lelaki dan 2 perempuan. Walaupun begitu, saya ditakdirkan dilahirkan sebagai anak bongsu.

Rumah kelahiran saya adalah 428, Jalan Bidor, Tapah Perak. Rumah ini adalah berek polis lama. Lawatan terakhir saya adalah pada 5 Disember 2009. Kawasan berek ini telah ditinggalkan kerana balai polis baru telah didirikan dihadapan berek lama ini

Bapa saya (telah meninggal dunia) adalah seorang anggota polis berpangkat sarjan pada ketika itu, telah diarahkan berpindah ke Balai Polis kecil di Air Kuning, Tapah.

Balai Polis Air Kuning masih kelihatan berwajah sama seperti 35 tahun dulu

Disinilah bapa saya bertugas. (Inilah Gambar Balai Polis Air Kuning , Kampar yang saya abadikan pada 8hb Ogos 2010. Di Balai inilah arwah bapa saya bertugas)


Tempat Letak Kereta Ketua Polis Balai air Kuning
Saya tidak pasti bila masanya dia berpindah kerana masih kecil. Seingat saya, Air Kuning pada masa itu adalah sebuah Kg. Baru Cina yang rata -rata penduduknya dikawasan pekan kecil itu adalah berbangsa Cina, selebihnya adalah bangsa Melayu. Kebanyakannya bekerja sendiri sebagai peniaga, peladang dan kerja kampung.

Kami menetap di sebuah rumah lama kuarter kerajaan, rumah papan. Sya masih ingat lagi, rumah ini berhantu. saya acap kali diganggu sewaktu tidur di waktu siang.

Lawatan saya yang terakhir adalah pada tahun 2008, rumah ini tidak didiami oleh sesiapa pun. Rumah ini berada dia hadapan Balai Polis Air Kuning sekarang. Rumah ini bernombor 390, Jalan Besar Air Kuning, Kampar Perak.


Rumah kediaman keluarga kami, 390, Jalan Besar Air Kuning. Kampar Perak

Pandangan dari belakang rumah, namum pagar sekeling rumah telah diruntuhkan

Mungkin saat kelahiran saya tidak dijangka oleh orang tua saya kerana jarak usia kekanda saya terdahulu hanya 1 tahun sahaja. Jadi mungkin atas desakan kewangan pada masa itu saya diserahkan kepada nenda saya di Ipoh, Perak. Saya menetap bersama Nenda Aminah (telah meninggal dunia pada tahun 1983) saya dan ibu saudara saya Salmiah serta suaminya Shamer Abdul Kadir di 27, Jalan Kenanga, Sg Rokam Ipoh Perak.

Kediaman ini adalah tanah Lot kurniaan Kerajaan Negeri Perak pada masa itu. Buat masa sekarang masih ada lagi saki baki rumah asal yang didirikan kerajaan. Selebihnya sudah berubah menjadi rumah batu.

Saya tak banyak mengenali rakan semasa kecil semasa di Ipoh kerana nenda saya amat tegas, (semua tak boleh) ibu saudara saya pula bertugas sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan pada masa itu. Untuk makluman, ibu saudara saya (Salmiah Bt Osman) telah pulang kerahmatullah pada Oktober 2008.

Bapa saudara saya pula, sebagai seorang pegawai tentera bertugas di Kem Kamunting, Taiping. Beliau sering berpindah randah. walaubagaimanapun sering juga beliau pulang menjenguk kami. Kekanda saya nombor 5, Hazlan Shah Abdullah Sani, telah lama menetap di Ipoh bersama keluarga ini, saya yang terakhir menjadi ahli buat masa itu sehingga saya berusia 6 tahun.

Hazlan Shah Abdullah Sani

Mengikut apa yang saya dimaklumkan oleh Allahyarhamah Nenda saya, saya telah diambila dan dibela oleh Nenda saya ketika saya masih bayi lagi (40 hari). Oleh yang demikian amatlah sukar untuk saya bermesra dengan keluarga kandung sendiri pada masa itu. Saya amat rapat dengan kekanda saya (Hazlan) saja.

Walaupun begitu, atas faktor usia yang agak berbeda, kami hanya mengenali satu sama lain sebagai adik beradik sahaja. Teman sepermainan saya hanyalah Nenda saya dan ayam-ayam di dalam reban di belakang rumah.

Kekanda saya, asyik berbasikal dengan kawan-kawan, pagi, petang. Nenda amat tegas, walaupun dia buta huruf, tanggungjawab memastikan kami mendapat pendidikan ugama tak pernah dibaikan. Ubat malas ke kelas mengaji Quran hanyalah satu (Kayu Api)

Akhirnya usia untuk menjengok alam persekolahan pun hampir tiba. Sewaktu berusia 5 tahun iaitu pada tahun 1974 saya pun diambil semula oleh bonda saya dan dibawa berhijrah ke Air Kuning.

Tinggallah saya bersama semua anggota keluarga kandung saya di sana. Seingat saya semua adik beradik saya ada di tinggal bersama kami kecuali kekanda saya nombor 3 dan4, (Mohd Fauzi Abdullah Sani dan Badrul Hisham Abdullah Sani) kerana beliau pada ketika itu mendapat pendidikan di sekolah berasrama penuh di Sekolah Teknik, Ipoh dan Anderson, Ipoh.

Kekanda sulong saya Ahmad Zaini yang sekarang berusia 56 tahun baru bersara dari Polis Diraja Malaysia pada ketika itu baru saja tamat temuduga untuk memasuki PDRM sebagai konstabel, manakala kekanda saya yang ke 2, Halijah Abdullah Sani (telah meninggal dunia akibat barah pada 2003) baru tamat pengajian di GESS, Tapah Perak. Beliau akhirnya mendapat pekerjaan sebagai kerani di Jalan Duta, Kuala Lumpur setahun kemudian (1975).

Akibat tidak mesra dengan keluarga kandung, saya amat sukar berkomunikasi dengan ahli keluarga walaupun saya masih kecil. Kekanda saya (Ahmad Saiful Abdullah Sani) yang setahun lebih tua dari saya ada menghidap epilepsi. Tentunya perhatian lebih diberikan kepadanya.

Walaubagaimanapun Ahmad Saiful, telah pulang kerahmatullah pada usia 22 tahun pada tahun 1989.

Yang hakikinya menetap di kediaman kami di Air Kuning adalah Mohad Yusof, Norehan, Saiful dan saya, manakala Hazlan masih terus menetap di Ipoh bersama nenda saya sehingga darjah 6.(Tahun 1975 Hazlan tinggal bersama kami di Air Kuning) Badrul dan Fauzi di asrama, Zaini di Pulapol, Halijah bekerja di Jalan Duta dan menetap sendiri di Kg, Baru Kuala Lumpur.

1 comment: