Thursday, September 22, 2011

Bukan Balasan Yang Ku Pinta - Coretan Hati

Hari ini September 22, 2011, tapi cerita ini bukanlah cerita hari ini. Cerita ini dah aku pendamkan berbulan lamanya, cuma terkadang tak tahan untuk di simpan di dalam hati. Aku cuba selindungkan kehampaan, kedukaan, ketidakpuasan atau apa saja yang memberontak didalam hati.

Satu ketika pernah seseorang berkata kepada aku 'I can live without you and I am doing fine'. Aku terima dengan dada terbuka. Aku pun tahu aku bukanlah seorang yang hebat atau tersohor namaku. Aku telan seperti menelan air liur. Tapi semuanya pasti ada batasnya.

Beberapa hari yang lalu, seorang kawan ada menerima beberapa hadiah dari sahabatnya, beliau sungguh terharu hingga menitiskan airmata, sebaknya tak terhingga kerana tak menjangka para sahabat sanggup memberi hadiah istemewa. Aku ucapkan terima kasih pada para sahabat, kawan dan kenalan yang memberi.

Mungkin aku tak dapat memberi apa-apa, cuma ucapan terimakasih saja. Mungkin juga aku tak menyumbang apa-apa sehingga aku diketepikan, mungkin pengorbanan aku sudah jadi perkara biasa atau kewajiban sehingga aku tak kelihatan.

Mungkin kehendak sudah mengatasi keperluan, dan perkara itu adalah dianggap wajib untuk aku tunaikan. Aku tunggu hari ke minggu, dan minggu ke bulan, mungkin bulan akan ke tahun. Aku akan tetap tunggu satu ucapan saja.

Perkara biasa orang akan melihat semut diseberang, gajah depan mata tak kelihatan. Kerana gajah dah biasa kita lihat, semut pula tak pernah di lihat. Tentunya ia perkara yang amat-amat di ingati.

Kekadang manusia mudah terlupa bahawa semua benda bukanlah semudah yang disangka. semua benda tak lah semudah memetik 1,2,3. Semua benda tak semudah berkata-kata. Tapi segelintir beranggapan ia mesti diadakan bila dipinta, ia hendaklah seperti 1,2,3.

Mengadakan benda yang tak ada tidak mustahil, tetapi mengadakan benda yang tak ada berkali-kali adalah benda yang harus kita fikirkan. Janganlah kita menarik muncung yang panjang bila benda yang diadakan tidak seperti diharapkan. Tidak semua orang senasib dengan kita. Tidak semua orang selesa seperti kita. Oleh kerana kita hanya memikirkan tentang diri kita, maka kita terlupa tentang kesusahan orang lain, seolah-olah orang lain tidak..................................

Hanya aku yang tahu apa yang aku coretkan, aku akan tunggu saat itu..


1 comment:

  1. Bila dihdpn cermin kehidupan, pastinya tersirat seribu rahsia yg disembunyikan. Kekadang tak perlu diluahkan kerana kenyataan itu lebih menyakitkan. Simpan dan pendam...tunggu dan lihat..

    ReplyDelete