Friday, September 9, 2011

Shawal 2011

Shawal Datang Lagi!!

Selamat Hari Raya pada semua Muslimin dan Muslimat.

Seperti biasa, inilah Shawal yang ke 17 saya berhari raya Aidilfitri di tempat kerja. Yang berbeza ialah tempatnya. Kali ini di Melaka pula. Ini tahun ke 5 di Melaka. Pagi raya, seperti biasa akan terus ke masjid untuk solat Aidilfitri dan terus ke tempat kerja.

Majlis rumah terbuka Negeri Melaka berlangsung dengan kehadiran hampir 50 ribu orang. Majlis tamat jam 5.30 petang. Penatnya tak terkata, nak patah kaki berdiri dari pagi.

Pulang saja kerumah saya bersiap dengan beg pakaian untuk menuju ke Pantai Medical Centre Bangsar. Nampak sangat sedih dengan keadaan Eliza yang masih menerima rawatan disana. Inilah pertama kali dalam sejarah saya berhari raya di hospital bersama Eliza.

Seperti biasa tidurlah di wad sampai jam 6.00am. saya balik ke PJ lebih kurang jam 10.00am. Hari Raya begitu bosan sekali. Kepala pening memikirkan jumlah bil yang akan di jelaskan. Sepuluh hari di PMC saja dah menelan hampir 40 ribu ringgit.

Kepada para sahabat dan saudara mara yang banyak membantu saya ucapkan ribuan terima kasih. Eliza pun sudah keluar dari hospital pada 7 September yang lalu. Walaubagaimana pun Eliza masih mendapatkan rawatan 'day care' untuk dua minggu lagi sehingga doktor berpuas hati. Kos rawatan 'day care' pun 10 ribu ringgit untuk enam hari. Tapi Eliza boleh berada di rumah bersama keluarga. Alhamdulillah.

Kepada Hema, Anjang, Kak Yeh dan ahli keluarga terdekat saya ucapkan ribuan terimakasih atas bantuan. Hanya tuhan saja yang akan membalasnya.

7hb September 2011, hari yang sama Eliza discaj  dari hospital anak saya pula menerima musibah. Sekarang ada di hospital Ampang Puteri. Tuhan betul betul menguji saya. InsyaAllah saya akan tabahkan hati menerima ujian ini.

Kadang -kadang saya termenung macam hilang punca. menunggu ' what's next? Inilah dugaan Shawal dan dugaan tahun 2011.

Wassalam



1 comment:

  1. Kalau U rasa dugaan itu terlalu berat, fikirkan sejenak..masih ramai insan yg alami dugaan lebih berat dari itu.* so redha apa yg didatangkan oleh Allah kerana setiap yg berlaku dan direncanakan telah ada sebab dan hikmahnya..

    ReplyDelete