Friday, September 30, 2011

Your question!!

Hi there.
I was almost ready to call it quits this allows me to spend my paycheck the way want to im back in control of my life just trying to help out a friend
http://n-gage.ws/engine/redirect.php?nokit&ref=yahoo.com&hdparm=yahoo.com&url=http://news1today.net/esubmit/bizopp_hw2.php
talk to you soon

Thursday, September 22, 2011

Memetik Di Langit

Bolehkah kita memetik sesuatu dilangit, sudah pasti boleh kiranya tangan sampai. Kalau tangan tak sampai apakan daya. Tapi kumpulan penyanyi Kenny Remy dan Martin  (KRM) kata dia boleh petik walaupun banyak halangan. -- Itu lagu, apa pun boleh di tulis.

Yang kaya-raya pun tak sanggup, apakan lagi aku semut merah! Bila aku tak terdaya, aku di hina, aku diherdik. Mempersoalkan kewibawaan aku. Apakah ini semua....

Tapi tak terfikirkah manusia lain bahawa kewibawaan aku ada batasnya. Kewibawaan aku bukan tiada penghujung. Aku manusia biasa. Apa akan terjadi bila aku melangkaui kewibawaaan diri sendiri. Aku akan musnah sendiri, aku akan lakukan sesuatu yang tak sepatutnya, aku hilang fokus dang akhirnya aku sendiri gagal. 

Tak siapa faham....... kerana mereka tak mahu faham..

Salam sejahtera

Bukan Balasan Yang Ku Pinta - Coretan Hati

Hari ini September 22, 2011, tapi cerita ini bukanlah cerita hari ini. Cerita ini dah aku pendamkan berbulan lamanya, cuma terkadang tak tahan untuk di simpan di dalam hati. Aku cuba selindungkan kehampaan, kedukaan, ketidakpuasan atau apa saja yang memberontak didalam hati.

Satu ketika pernah seseorang berkata kepada aku 'I can live without you and I am doing fine'. Aku terima dengan dada terbuka. Aku pun tahu aku bukanlah seorang yang hebat atau tersohor namaku. Aku telan seperti menelan air liur. Tapi semuanya pasti ada batasnya.

Beberapa hari yang lalu, seorang kawan ada menerima beberapa hadiah dari sahabatnya, beliau sungguh terharu hingga menitiskan airmata, sebaknya tak terhingga kerana tak menjangka para sahabat sanggup memberi hadiah istemewa. Aku ucapkan terima kasih pada para sahabat, kawan dan kenalan yang memberi.

Mungkin aku tak dapat memberi apa-apa, cuma ucapan terimakasih saja. Mungkin juga aku tak menyumbang apa-apa sehingga aku diketepikan, mungkin pengorbanan aku sudah jadi perkara biasa atau kewajiban sehingga aku tak kelihatan.

Mungkin kehendak sudah mengatasi keperluan, dan perkara itu adalah dianggap wajib untuk aku tunaikan. Aku tunggu hari ke minggu, dan minggu ke bulan, mungkin bulan akan ke tahun. Aku akan tetap tunggu satu ucapan saja.

Perkara biasa orang akan melihat semut diseberang, gajah depan mata tak kelihatan. Kerana gajah dah biasa kita lihat, semut pula tak pernah di lihat. Tentunya ia perkara yang amat-amat di ingati.

Kekadang manusia mudah terlupa bahawa semua benda bukanlah semudah yang disangka. semua benda tak lah semudah memetik 1,2,3. Semua benda tak semudah berkata-kata. Tapi segelintir beranggapan ia mesti diadakan bila dipinta, ia hendaklah seperti 1,2,3.

Mengadakan benda yang tak ada tidak mustahil, tetapi mengadakan benda yang tak ada berkali-kali adalah benda yang harus kita fikirkan. Janganlah kita menarik muncung yang panjang bila benda yang diadakan tidak seperti diharapkan. Tidak semua orang senasib dengan kita. Tidak semua orang selesa seperti kita. Oleh kerana kita hanya memikirkan tentang diri kita, maka kita terlupa tentang kesusahan orang lain, seolah-olah orang lain tidak..................................

Hanya aku yang tahu apa yang aku coretkan, aku akan tunggu saat itu..


Wednesday, September 14, 2011

Busy week ahead

I started my Monday with a State Assembly at Seri Negeri, left Petaling Jaya to down south as early as 530am. Arrive safely at about 720am, freshened up at shoot to the venue.

Upon arrival meeting few friends and the assembly start at 8.00am, finished at 10.15am, rushed for another meeting which was scheduled at 10.00am can completed my morning at 12noon after the meeting adjourned.

Back to the office, call up for my driver and have a quick bite and had another meeting with event organiser in Malim Melaka. after the meeting rushed back to office as another meeting will take place. Completed all the meetings almost 4.15pm.

Shoot up to KLIA and flew to Penang for a short meeting and got back at KLIA at 11pm. What a busy day!

On Tuesday, as early as 7.45am, I am there at Linggi barter trade habour for a short meeting and manage to be in th eoffice as early as 10.00am. Run through a few meeting minutes for the follow up and follow through till the office hour ended. Have a good rest last nite at home.

Started my Wednesday with a management meeting at 8.30 and ended at 1045am. By this afternoon will be heading to Kuala Lumpur to visit Rumah Melaka as tommorrow the state will hold their Hari raya Open House there. Amybe I will drop by Technology Park in Kajang  on my way there.

Meanwhile, Eliza, Nini, Marissa and Sara all in good health. Thank God.

Chiaowwwww........

Friday, September 9, 2011

Shawal 2011

Shawal Datang Lagi!!

Selamat Hari Raya pada semua Muslimin dan Muslimat.

Seperti biasa, inilah Shawal yang ke 17 saya berhari raya Aidilfitri di tempat kerja. Yang berbeza ialah tempatnya. Kali ini di Melaka pula. Ini tahun ke 5 di Melaka. Pagi raya, seperti biasa akan terus ke masjid untuk solat Aidilfitri dan terus ke tempat kerja.

Majlis rumah terbuka Negeri Melaka berlangsung dengan kehadiran hampir 50 ribu orang. Majlis tamat jam 5.30 petang. Penatnya tak terkata, nak patah kaki berdiri dari pagi.

Pulang saja kerumah saya bersiap dengan beg pakaian untuk menuju ke Pantai Medical Centre Bangsar. Nampak sangat sedih dengan keadaan Eliza yang masih menerima rawatan disana. Inilah pertama kali dalam sejarah saya berhari raya di hospital bersama Eliza.

Seperti biasa tidurlah di wad sampai jam 6.00am. saya balik ke PJ lebih kurang jam 10.00am. Hari Raya begitu bosan sekali. Kepala pening memikirkan jumlah bil yang akan di jelaskan. Sepuluh hari di PMC saja dah menelan hampir 40 ribu ringgit.

Kepada para sahabat dan saudara mara yang banyak membantu saya ucapkan ribuan terima kasih. Eliza pun sudah keluar dari hospital pada 7 September yang lalu. Walaubagaimana pun Eliza masih mendapatkan rawatan 'day care' untuk dua minggu lagi sehingga doktor berpuas hati. Kos rawatan 'day care' pun 10 ribu ringgit untuk enam hari. Tapi Eliza boleh berada di rumah bersama keluarga. Alhamdulillah.

Kepada Hema, Anjang, Kak Yeh dan ahli keluarga terdekat saya ucapkan ribuan terimakasih atas bantuan. Hanya tuhan saja yang akan membalasnya.

7hb September 2011, hari yang sama Eliza discaj  dari hospital anak saya pula menerima musibah. Sekarang ada di hospital Ampang Puteri. Tuhan betul betul menguji saya. InsyaAllah saya akan tabahkan hati menerima ujian ini.

Kadang -kadang saya termenung macam hilang punca. menunggu ' what's next? Inilah dugaan Shawal dan dugaan tahun 2011.

Wassalam