Sunday, December 24, 2017

365 Hari - 2017

Semuanya bermula dengan baik. Warga kerja melapor diri seperti biasa.

Meeting pertama saya mulakan dgn memberi maklum akan objektif syarikat.

February bulan cinta, hubungan peribadi dan keluarga seperti biasa.. seperti yang lain, bulan cinta menguatkan lagi rasa cinta.

Mac tiba jua, pendapatan syarikat tak berapa memberangsangkan untuk suku pertama. Kekuatan membeli merosot. Kisah cinta tak pernah pudar.

Cemburu semakin hangat. Terang dan nyata. Pengakuan entah kali ke berapa saya pun tak pasti.. tapi izin untuk teruskan saya perolehi. Terimakasih isteriku

Kunjungan peribadi kali ke 3 ke Johor di bulan Mei saya mulakan. Sengaja menziarah kerana hasrat maksud telah dinyatakan awal lagi.

Jun tiba tak perlu diundang. Hubungan keluarga baik belaka. Tugas pejabat nampak selesai ikut jadual. Perjalanan outstation ke Pulau Pinang dan Trengganu berjalan lancar. Kami semakin rapat dan sangat intim.

Hanya tuhan saja yang tahu..

No comments:

Post a Comment