Sunday, December 24, 2017

Bercerai Jua Akhirnya

Saya kenali wanita ini sejak di tingkatan 5, semasa masih di zaman persekolahan.
Kami memang sangat intim. Semua rakan sekolah mengetahui akan hal ini.

Tamat sekolah saya tak mendapat keputusan yang baik. Saya kuatkan hati dan terus bekerja sambilan di Kuala Lumpur. Hasrat hati. Sambil bekerja boleh sambung belajar.

Hubungan kami renggang sejak tamat sekolah dan akhirnya membawa diri masing masing tanpa ada apa apa contact lagi.

Dia juga terus memilih untuk bekerja di Kuala Lumpur.. tapi saya tak tahu dimana tempatnya.

Dua tahun kemudian Saya terserempak dengannya bersama pacarnya di pusat beli belah di Kuala Lumpur. Mereka berkahwin pada tahun tersebut. Dia ketika itu berusia 23 tahun

Saya memilih untuk kekal sendiri tanpa apa apa hubungan sehingga ke usia 26 tahun..

Dalam sekitar 20 tahun Saya pernah Ada terserempak dengan beliau semasa bertugas sebanyak 2 Kali saja.

Akhirnya setelah 20 tahun mendirikan rumah tangga mereka berpisah, alasannya kerana suami beliau cemburukan saya.. adooi.. malang sungguh nasib beliau..

Saya hanya tau akan hal ini sebelah 2 tahun mereka berpisah. Beliau nyatakan sendiri hal ini pada saya melalui telepon.

Saya doakan beliau tabah menghadapi dugaan ini. Saya mohon maaf kerana saya menjadi punca yang tak pernah ujud dalam masalah ini.

Kepada ex husband beliau, saya nak sebutkan disini.. Jangan jadi lelaki BODOH..

Sekian untuk kali ini

No comments:

Post a Comment