Sunday, January 14, 2018

Dalam Mimpi di Tanah Suci Mekkah

Tiba di Mekkah dari Medinah jam 12 malam waktu tempatan. 7 jam perjalanan yang melesukan setiap inci tulang badan.

Check in , makan malam, dan seterusnya berkumpul untuk taklimat sebelum selesaikan Umrah wajib di Baitullah.

Bergerak perlahan dari hotel ke Baitullah. Aku panjangkan langkah dan bergerak sendiri terus ke Kaabah, berniat dan terus mengerjakan tawaf wajib, sa'ie dan tahallol. Maka, selesailah Umrah wajib dan terlepas lah dari 13 larangan Umrah.

Terus langkahkan kaki terus pulang ke hotel, aku yang pertama tiba dan terus berehat. Perlahan lahan , satu persatu jemaah tiba ke muka hotel dalam kepenatan.

Nasib ditentukan Allah, aku ditempatkan berdua sebilik. agak lega dan memang lega kerana bilik sememang nya sangat kecil.

Cuba lelapkan mata tapi tak berjaya, Akhirnya hampir suboh terlelap sendiri. Allah, bila terjaga aku sudah terlepas suboh 3 jam yang lalu. Aku tak sendiri, hampir separuh jemaah pun alami nasib yang sama.

Selesai Umrah seperti biasa aku berdoa agar yang semuanya dimakbulkan. Agar semuanya sejahtera. Alhamdulillah, di tanah suci Mekkah Al Mukkaramah ini Allah telah datangkan kamu dalam tidurku. Kau senantiasa berada dalam Doaku semenjak dari awal lagi. Terimakasih ya Allah.

Harapan aku, agar semua dimakbulkan. semua berjalan lancar, semua sejahtera dansemua dipermudahkan.

Di tanah suci ini aku dipertemukan dalam mimpi,  semoga kita, Insyaallah dapat bertemu lagi dengan izin Allah dalam keadaan nyata dan tanpa ada sengketa.

Salam dari Mekkah Al Mukarramah.

No comments:

Post a Comment