Thursday, January 11, 2018

Raudah Taman syurga dan Janji


Selepas 20 tahun saya kembali ke Madinah untuk tujuan ziarah para sahabat.

Tiba di hotel jam 11 pagi waktu tempatan, makan tengah hari dan masuklah waktu zohor jam 1230.

Alhamdulillah dapat selesai kan zohor asar dan maghrib. Airmata bercucuran tanpa sebab dari Takbir hingga ke tahiyat akhir.

Sangat hiba dan sayu. memang tak tahu apa puncanya.

Pulang ke hotel untuk makan malam dan terus semula ke nabawi utk solat Isyak.

Aku bergerak sendiri, tak perlu tour guide untuk bantu. keadaan masjid memang Sangat brerbeza dari 20 tahun yang lalu.

Dari mula sampai akhir malam Bergerak sendiri ke masjid.

Selesai Isyak aku Beratur utk ke Raudah. dan Akhirnya lolos masuk.
Seperti niat dan nazar ku sebelum berangkat. aku bersolat sunat dan terus memohon doa agar dimakbulkan.

Hanya Allah saja yang maha mengetahui Doaku. 
Ya Allah, makbulkanlah Doaku yang kupohon di Taman syurga ini. 

Sesungguhnya, telah engkau janjikan, berdoalah di antara rumah dan mimbarku, nescaya Allah Akan makbulkan permintaanmu.

Aku mohon darimu ya Allah.

ameen..

No comments:

Post a Comment