Thursday, May 19, 2011

Drip Lagi


Semalam saya sampai lewat ke Hospital Bangsar sekitar 2am. Kerja habis lewat. Sesampai di Hospital Mama telah tidor. Eliza masih duduk di katil berjaga kerana tak boleh lelapkan mata. Mesin Drip dan jarum masih lagi di tangan.

Sedih saya melihatkan isteri saya Eliza yang tak berdaya. Mukanya amat nampak keletihan menahan sakit. saya nampak dengan jelas, tangan, jari dan kaki sedikit membengkakk akibat banyak air yang dimasukkan melaui drip.

Eliza mengadu dia sakit di bahagian rusuk, sebenarnay kata doktor adalah disebabkan jangkitan kuman di paru paru. batuk masih belum lagi lega walaupun suhu badan sudah kembali normal. Deman panas telah pergi jauh.

Akibat terlalu sakit, doktor sudah buat suntikan morfin tengahari semalam. 2 pint darah juga telah dimasukkan. Kepada kawan-kawan yang sudi boleh lah mendermakan darah A+ semasa waktu bekerja di Hospital Pantai.

Keadaan fizikal yang lain juga turut berubah, rambut Eliza yang lebat sudah tiada kelihatan lagi, atas permintaan Eliza saya tidak publish gambar beliau. She is on scarf now.

Jam 620am saya terpaksa mohon diri meninggalkan Eliza di Hospital. Saya bertolak ke Melaka untuk ke pejabat, Jam 10am ada mesyuarat penyelarasan Konvensyen Zakat dan cukai peringkat kebangsaan. hari ini akan jadi hari yang memenatkan sebab ada 4 lagi meeting sampai petang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment