Monday, May 30, 2011

Monday May 30, 2011

Maaf kerana tidak dapat update blog saya beberapa hari minggu lepas kerana tidak punya cukup masa. Selepas 3 hari di ICU, Eliza dipindahkan ke CCU buat seketika untuk observation. Sehari kemudian Eliza di pindahkan ke wad biasa.

Saya juga hanya berkesempatan untuk melawat Eliza hanya pada waktu yang ditetapkan saja. Kini dah 2 hari Eliza di wad biasa D603. Pelawat kini dibenarkan. Walaubagaimanapun Eliza masih perlu observation dari pakar kerana paru-paru masih belum sembuh sepenuhnya dari jangkitan.

Mengikut maklumat dari doktor Shanker, keadaan beliau semakin baik. Pagi ini Eliza akan ke bilik Xtray untuk memastikan dada dan paru paru beliau berfungsi sepenuhnya.

Saya tak dapat hendak letakkan gambar beliau selepas operation atas permintaan beliau. Eliza sudah beberapa kali bertanya bila beliau boleh pulang ke rumah. Saya rasa Eliza dah letih tinggal di Hospital. Harap dalam minggu ini semuanya akan berjalan dengan lancar. dan harap doktor akan benarkan dia pulang ke Kelana Jaya.

Saya tahu dia rindukan rumah dan biliknya di Kelana Jaya.

Wassalam

No comments:

Post a Comment